Tuesday, May 8, 2018

Anak ke tiga part 1




Jujur aku katakan masa dapat tahu pregnant anak ke 3, aku memang xnak sangat2 anak tu. aku sedih murung.. sebab xbersedia lagi. tapi lama2 aku mula terima kehadiran dia. belajar erti redha dengan ketententuan Allah. dan bila anak ke 3 lahir.. Allah hadirkan ujian sebagai ingatan supaya terus bersabar dan dekat kan diri lagi kepadaNya. aku selalu ingatkan dalam diri.. ramai lagi insan2 yang dah kawin masih ternanti2kan kehadiran cahaya mata.. sedangkan Allah izinkan untuk aku mengandung 3 kali.. kenapa masih nak mengeluh.

Alhamdulillah anak ke 3 lahir dengan raut wajah yang sangat manis dan sentiasa senyum. cukup sifat semua nya. sejurus sahaja dia dilahirkan. mereka menyuruh aku untuk menyatakan jantina anak. lelaki anak aku. selepas beberapa minit mereka membuat prosedur selepas kelahiran bayi.. mereka memberikan dan menyuruh aku untuk memulakan penyusuan yang pertama supaya ikatan aku dan anak lebih selesa. masa tu... Allah perasaan sebagai seorang ibu terus zappp... indah... sangat2 sayang anak ni. magik nya kuasa Allah.

jururawat menyatakan anak aku mengalami tekanan gula yang rendah...mereka ingat aku ada diabetis semasa pregnant. tapi bila monitor darah aku semua nya ok. dan doctor putuskan setelah 2 kali aku memberi susu direct dan selama 1 jam dan 1 jam.. anak aku tetap jugak mengalami tekanan gula rendah. terus doc putuskan untuk bagi susu selain susu ibu. aku redha je masa tu. asal anak aku sihat dan selamat. walau doc xnyatakan.. tapi aku faham akan signal tu. sebab mereka bawak anak aku pergi dari aku lama juga.



lama jugak aku dalam labor room. selapas 3 jam.. baru la dipindahkan masuk ward. 12 jam selepas dibawah perhatian dan anak sudah membuang air besar dan kecik.. selesai semua nya aku dibenarkan untuk pulang. balik ke rumah ingat sudah lepas dah semua detik saat bersalin. tapi lepas jururawat datang untuk lawatan selama 10 hari.. hari ke 3 dia kata anak aku perlu rujukan ke hospital sebab menujukkan tanda2 kuning. mmm.... sedihnya.. sebab rutin kembali lagi.. bangun pagi2.. terpacak dekat hospital amek darah dan tunggu keputusan.

setelah hampir 1 minggu berulang alik untuk cek kuning.. anak aku tetap jua xbaik2. sebab aku berdarah O.. dan anak aku berdarah A.. memang doctor kata jika ibu berdarah O anak2 senang kena kuning. aku penat dan hampir2 give up.. sebab ketiga2 anak aku semua kuning. penat mental dan fizikal nak kena tunggu lama2 dekat klinik untuk amek darah. sangat2 mencabar emosi selepas bersalin. ditambah pula.. pada hari ke 10.. kuning anak aku sudah sampai tahap untuk kena admit. aduhaiii.. aku xnak masuk ward balik..

terpaksa akur.. dan masuk la dalam ward selama 3 hari. discharge... tapi xsampai 1 minggu.. bila cek kembali.. keputusan darah anak aku tinggi jugak bacaan kuning dia. maka kena akur jugak untuk masuk kedalam ward kembali. emmm terganggu sungguh jiwa dan raga ku. sebab anak2 yang lagi 2 kena tinggal dengan mak dan ayah serta adik2 aku. rindu mereka xterkata. masa tu anak ke2 baru umur 1 tahun 4 bulan. sedih nya perasaan masa tu.