Wednesday, January 31, 2018

kesan pengambilan suntikan depo-provera


Image result for depo provera

rancang keluarga itu memang penting jugak pada zaman sekarang ni. bukan nak tolak tadir tapi dengan ekonomi yang semakin membimbangkan ianya bagi aku perlu. aku masa anak pertama dan kedua aku amek perancang jenis pill. kena makan setiap hari. dengan kerja yang xtentu hala masanya memang selalu lupa la. disebabkan selalu ter skip so mana nak berjayanya.. dan termengandung la aku.. lepas tu berhuhuhu la bila buat test pregnancy double line..

lepas je bersalin anak ke tiga aku jumpe doctor pakar perbidanan ( obstetrik & ginekologi O&G ) .. cakap dengan yakin.. doctor saya rasa.. saya nak merancang anak la.. aku pun masa anak kedua xboleh berjalan sebab sakit pinggang. so aku bagitau la.. aku kena rancang la. dan doctor pun suggest la guna cara cucuk. aku ingat nak masuk implanon yang dekat bawah lengan tu.. tapi doctor kata kita cuba depo provera dulu.. aku pun okey je la..

sebelum cucuk berat aku 58kg. dan depo provera ni kena amek setiap 3 bulan sekali dan jangan lambat. aku pun okey je sebab setiap 3 bulan dan kos dia pun murah je. aku memang kena amek dekat KPJ sebab kerja dekat sini.. nak lari g government macam xsempat je. setahun pertama aku okey je amek. tapi lepas da amek 3 kali cucuk aku macam dan xboleh nak teruskan sebab side effect dia macam dah xboleh nak hadap. 

antara side effect dia yang aku kena adalah moody je.. huhu.. cian anak2 dan suami.. lepas tu lutut sebelah kanan sakit je. lepas tu cepat penat. dan paling xsuka berat aku dengan jaya nya naik kepada 72kg.. nafsu makan masyaAllah tersangat la xboleh nak dikawal sekali. so dengan berat yang semakin bertambah lagi la membuatkan aku stress dan stress.. huhu. mana xnak semua benda xmuat da aku pakai. berat 72kg ni berat aku dalam pantang la. 

side effect yang yang dekat bawah ni memang ada la aku kena. so bagitau husband aku xboleh g da dengan depo provera ni. aku nak stop. 10 side effect ni aku kena... dan ianya sangat la tidak memuaskan hati aku. rungsing la umur baru 27 tahun dah rasa macam tua sangat da. huhu. lepas stop ni terus xamek apa2 perancang da.. da nak dekat 1 tahun lebih jugak stop. anak yang bongsu da 1 tahun 9 bulan.. semoga adik jadi adik lama2 sikit.. hihi =) 

1. Kitaran haid tidak menentu
2. Mengalami sakit kepala
3.  Rasa berdebar-debar
4. Pening(berpusing)
5. Jerawat
6. Perubahan selera makan , samada rasa cepat lapar dan ada yang lambat lapar
7. Penambahan berat badan
9. Keguguran rambut
10. Kereputan pada tulang



Sunday, January 28, 2018

Beranak rapat2 ??


Image result for anak ramai dalam islam


alhamdulillah tahun 2018 anak2 dah semakin membesar. Hana nak masuk 5 tahun. Iman nak masuk 4 tahun. Iffat pulak nak masuk 2 tahun dah. dulu masa semua kecik2 baby tu macam stress jugak la nak handle masing2 punya perangai. yang iffat pulak masa dia kecik susah nak berenggang dengan aku. asyik la nak menepek je. dia anak yang paling awal cerai susu badan. tapi manjanya lagi teruk dari abang dan kakak dia. sabar je la.. kalau dah nak berdukung tu dukung je la. tapi lama2 dia dah pandai bawak diri sendiri.. dah pandai main dengan abang ngan kakak dia. 

bergaduh tu biasalah dorang.. setiap hari bergaduh.. memangis.. rebut2 mainan. tapi walaupun bergaduh hari2.. kalau pergi mana2.. mesti dorang akan ingat yang lain. contoh kalau aku bawak hana pergi kedai.. nanti dia akan tanya.. mama iman punya.. mama iffat punya. kalau bawak iman pergi kedai.. dia akan cakap.. mama kakak punya. iman selalu ingat iffat kalau tang susu je. contoh kalau kita buat susu iffat nanti dia akan cakap iffat punya mana. sama dengan iffat.. abam punya. syukur semoga dorang macam tu la sampai bila2. 

sekarang ni baru la boleh bernafas sikit. sekarang dorang da pandai main sama2. buat sepah sama2. tapi alhamdulillah bila pegang rotan je semua kemas rumah laju2. kadang2 rasa kejam.. tapi nak buat macam mana.. nak didik supaya dorang reti kemas lepas main. penat la kalau mama je yang nak kena kemas.. anak2 kena diajar jugak supaya dorang tau dekat mana nak letak semua benda di tempat asal. ala rotan tu buat lakonan je. ketuk2 meja.. ketuk2 pintu. bila dorang nak main tu aku bagi je.. tapi bila da habis time sila kemas balik.

bila da besar sikit ni tahap dorang nak bermain tu tinggi.. so aku lantak kan je. bila nak mandi xde dah cepat2.. boleh la nak mandi dengan aman sekali. nak belek2 muka dekat cermin pun xde masaalah sangat.. lepak2 je. cuma bila nak me time dalam rumah tu kena la jerit2 sikit.. anak2 mama buat apa.. hana.. iman.. iffat.. kejap lagi si hana la tukang bagitau. bila tengah mandi dorang bergaduh tu yang stress... gelabah jugak la.. huhu. nak xnak kena la mandi laju2. bila bergaduh ke terkena apa2 tu.. datang tunjuk tempat sakit.. tiup2 sikit.. helok la masing2 tu. sabar je la kan. huhuhu.

zaman anak2 nak membesar ni kena la hargai dan lalui dengan enjoy.. nak stress pun buat apa.. da anak kitakan.. apa kita buat untuk diaorang.. diaorang akan ingat.. nanti da besar harapnya sayang la mama dan ayah sampai bila2. hari2 kena lalui dengan rasa yang happy.. nescahaya akan berseri la nak mengadap hari2. anak2 anugerah dari Allah.. pinjaman dari Allah. semoga kita sama2 membesarkan anak2 dengan didikan yang baik2. semoga Allah melindungi semua anak2 ku. 

kalau nak kata beranak rapat2 ni penat.. yes betul memang penat. tapi sekejap je. bila dorang da umur2 macam ni. dorang da boleh main2 sama2.. kadang2 seronok tengok dorang main sama2. tengok dorang ada kawan dekat dalam rumah. tengok dorang berborak. so bila dorang da ada kawan main dalam rumah.. senang la kita nak buat kerja kita. xde la merengek nak kita mengadap dia. cuma kena bagi perut dia kenyang je la. baru la dia xkan kaau kita. so kita pun xde la stress menanjang. anak2 pun happy je. 

so kalau da takdir dapat anak2 rapat2.. xyah stress.. xyah nak fikir sangat. hadap je. penat sekejap je.. lepas tu okey da. bergaduh tu perkara biasa la.. menangis tu pun sama. menjerit xpuas hati pun perkara biasa. bila da rapat2 macam ni penat sekali jalan je.. macam dekat taska pun ada.. bila mandi semua mandi.. bila makan semua makan. bila tidur.... semua tidur.. huhu.. tu la yang kita akan kenang bila dorang da besar nanti. masa memang berjalan dengan sangat pantas. harap semua baik2 sahaja. hanya kepada Allah je tempat aku berharap. lindungi semua anak2 ku. =) 

Monday, January 1, 2018

2018


Image result for success 2018


hai 2018.. jom kita bangkit 2018.. semoga kita dapat settlekan segala yang tertunggak pada tahun 2018. umur pun dah 29 tahun bulan depan. dah tua da. nak masuk 30 tahun dah. jom kita jaga solat. solat tu tiang agama.. perbaiki kelemahan diri. =) =) dah lama xupdate entry.. kekangan waktu.. anak da 3. masa tu memang sangat mencemburui. huhu. 

tahun depan lagi sibuk. sebab anak2 da start masuk sekolah. huhu.. kehidupan semakin mencabar. nak handle anak2 lagi. kerja lagi. so kena belajar bertenang.. huhu. inshaAllah tahun 2018 akan cuba update entry banyak2. 2017.. 5 je.. huhu.