Wednesday, February 15, 2017

doa ibu..

kerja malam.. scroll blog.. banyak nya kenangan..  mungkin bila da tua nanti ni jadi peneman untuk aku mengamit memori2 lama.. emmmm.. lap air mata. cepatnya masa berlalu. anak pun alhamdulillah dah masuk 3. xsangka cepat macam ni. tapi syukur.. rezeki Allah bagi. sebagai mak.. kena jaga semua amanah ni dengan baik. apa sahaja yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi. scroll jumpe cerita pasal hana.. sekejap je dia dah 4 tahun. rasa macam baru je bersalinkan dia.. susukan dia.. jaga dia. peluk2 dia.. Allah.. izinkan dia rasa yang mama dan ayah dia sayang dia sangat. mama dan ayah sayang kakak sangat2. kakak la yang banyak lalui susah dengan mama dan ayah. kakak anak yang baik.. pandai.. sayang adik2.. terima kasih kakak.. muaahhh banyak dekat kakak.

abang pulak.. mama sayang jugak.. abang pernah kena demam tarik.. masa tu mama takut sangat. takut sebab.. Allah aku akan kehilangan dia ke. jangan la kau duga aku.. aku xkuat nak hadapi. mama x alert suhu abang. tapi benda dah jadi. kalau abang demam memang mama sanggup EL. biar la record buruk. mama xnak jadi lagi benda tu. mama takut... takut sangat2. sampaikan bila dispense ubat dekat patient mama akan remind dekat parent suruh jaga suhu anak. jangan biar suhu 38 tu lama2.. jangan leka.. kena turunkan sampai 37.4.. mungkin dorang jugak x alert macam mama. bila tengok budak2 xsihat.. mama doa kan sekali nama.. biar suhu dia normal.. mama nak semua parent alert dengan suhu anak. xnak jadi macam mana abang pernah kena dulu.

biar semua kita tahu bahaya bila suhu anak cecah 38 keatas. semoga kita2 semua lebih banyak berjaga2 dalam kewarasan.. jangan terlebih taksub.. bahaya jugak. selain usaha.. doa dan tawakal jugak perlu untuk anak2. doa ibu tiada hijabnya untuk anak2. jadi sebagai ibu sentiasa la ucap yang baik2 untuk anak2. bila anak2 berjaya dengan doa kita.. maka dengan itu kita boleh tumpang senang dengan kejayaan mereka. apa yang kita fikir dan lakukan.. kita jua akan dapat kesan nya. bertabah la dalam membesarkan anak2. zaman yang serba moden.. takut. tapi kena sentiasa berdoa dan bertawakal semoga yang baik2 sahaja untuk semua anak.