Tuesday, November 24, 2015

IQ anak lebih tinggi rapat dengan ayah..??




oh baru tahu... ok lepas ni biar anak mesra lagi banyak dengan ayah dari mama. huhu. alasan malas nak bangun malam buat susu. ;) tq husband sebab susah2 tolong jaga anak sama2. dari hana kecik baby lagi da tolong jaga kan anak.. ajar hana meniarap..  ajar hana merangkak.. ajar hana berjalan.. hana dulu memang cepat meniarap.. merangkak.. cuma berjalan masa umur 1 tahun 3 bulan. 

masa haziq pun sama... semua depan ayah dia berjaya buktikan... saya pun boleh ayah. hana boleh meniarap masa umur 3 bulan. haziq masa umur 4 bulan.. tapi haziq boleh berjalan masa umur 11 bulan. merangkak masa umur 7-8 bulan.  depan mama semua malas ye nak tunjuk. depan ayah bukan men.. gigih masing2. okey la mama busy balik kerja nak settle kan rumah.. kadang tu xsempat nak layan anak manja2.. ayah je yang layan... 

dua2 anak memang pandai sebut ayah dulu..  nak jelez xboleh sebab mama xsempat nak ajar anak sebut mama.. yang ayah duk layan anak sambil sebut... ayah... a....yah...ayah... sampai la anak2 reti sebut ayah dulu..  huhu... tq ayah... banyak berjasa...  lepas ni leh ajar hana kenal abc... ayah ajar 123 senang je hana ingat sampai 10.. kalau mama... dia buat2 malas.. nak kena kakak hana ni.. hoho...

ayah + mama = insyaallah anak2 akan berjaya.
so kesimpulan kena la sama2 berganding bahu supaya anak boleh menjadi seorang insan yang mampu bawak diri dalam kehidupan dan berjaya. bukan senang nak senang.. perlukan ilmu dan praktikal supaya ilmu tu berguna untuk dipaktik kan dalam kehidupan seharian.. ilmu yang berkesan ialah kita berjaya dan orang disekeliling turut berjaya dan bahagia.. ;) 





Anak penghibur hati



nur hana irdina... hai hana da jadi kakak da ang ye. cepat nya da jadi kakak. dia ni penyayang orang nya. kalau dia nak susu.. dia cari botol susu abang haziq... "mama buat iman punya sekali" kalau abang haziq nangis baling2 badan dia carikan botol susu haziq kalaj ada balance susu... dia sumbatkan kat mulut haziq. kalau dia bengang sangat haziq duk nangis je.. dia datang dekat haziq dia gigit.. " hye diam la... bising"

lagi la bertambah haru suasana rumah. lagi kalau ko xcukup rehat... aiiii geram je tengok dua beradik ni... hoho. hana da pandai buat macam2 benda da... banyak da yang dia da pandai cakap. kadang tu geram. kadang tu nak gelak. sebelum makan dan minum susu... ajar dia baca doa makan... hahaha.. ni lawak... seketul2 ayat dia.. ;) nak suh aminkan.. 3 kali baru amin.. "mama amin mama?? mama amin ye?? " alahai... anak ku oh anak...

semalam mama rajin masak sarapan.. lunch.. sekali da siap sarapan.. ajak dia makan... "waahhh rajin nya mama masak" ha??? ko rasa?? hahahaha... sampai kua air mata mama gelak. lagi nak bertambah nak gigit dia.. suap kan makan... "wahhh sedapnya mama masak" hahaha.. nasi goreng kicap je kot hana.. over nya puji... huhuhu. seronok bila tengok anak makan apa yang kita masak...

aku masak telur goreng makan ngan nasi letak kicap pun dia cakap... "waaahhh sedapnya mama masak!!! sambil mata tutup da tangan tunjuk best!! cair hati mama.... love u so much kakak... muaaaahhhhh.... tahun depan jaga 2 adik tau... tanya dia mana adik baby " dalam perut mama" hoho... layan anak memang best... hilang stress!!! oh my... bertabah la wahai hati... insyaallah ada rezeki... 

#hanaidzuan #2tahun5bulan5hari



Thursday, November 19, 2015

kasih sayang... (",)

nak ikutkan hati yang xready ni... memang rasanya hana lambat lagi kot dapat adik. tapi bila fikir alang2 dah Allah kurniakan rezeki cepat ni.. maka datang la redha dalam hati. dah 9 bulan kan mengandungkan dia. mesti la sayang. nak2 anak lelaki.. sayang dia lain macam sikit. anak lelaki ni.. dia bertuah sikit tapi manja dia.. mak aiii... cair hati... 

sekarang haziq akan jadi abang pulak. pun cepat. haziq lagi cepat.. 7 bulan mama da ngandung lagi. masa kakak 10 bulan. tapi haziq da pandai jalan sikit2. dia tau nak dapat adik tu... tapi sejak mama ngandung haziq punya manja lain sikit. betol la orang cakap.. nak dapat adik macam2 perangai nak ditunjuk nya.. antara sabar atau x je nak layan.. hahaha

ada jugak yang cakap... eh cukup ke anak yang rapat2 ni dapat kasih sayang?? oh my.. soalan apakah itu.. sangat susah nak jawab. kasih sayang tu sangat subjektif. kadang xperlu pun nak luah dengan kata2. dari perbuatan pun dah boleh pamerkan kasih sayang yang suci lagi abadi. cukup ke x tu... kita je yang tau. anak kita kot... xkan la nak pilih2. setiap anak sama je darah yang mengalir tetap darah mama dan ayah. so xde timbul isu cukup ke kasih sayang..

kelebihan beranak rapat2 ni..senang sekali harung je kita akan rasa penat. pe.nat.. penat... penat... nanti da tua sikit jaga diri je.boleh pergi honeymoon berdua dengan suami.. hoho.. wow!!! kan best tu. tapi berbalik kepada fitrah.. kita ni manusia biasa.. kita merancang Allah yang tentukan... kalau itu yang da ditetapkan.. itu la jalan nya... so berlapang dada la dalam menangani semua nya. 


Monday, November 16, 2015

tak ready lagi??



muhammad haziq iman bin mohd idzuan
10-12-2014 bersamaan hari rabu 3:11 petang
sekarang da 11 bulan 6 hari.
dah pandai berdiri tanpa berpaut pada apa2. dah boleh berjalan hingga 5-6 tapak. bila jatuh bangun lagi. jalan lagi.. gigih dia usaha..

masa ngandungkan dia macam xde perasaan pun sebab sebenarnya xberapa ready. hana kan baru 10 bulan.. xjalan lagi. stress kejap. tapi relax je la.. setiap hari tanya husband.. "awak.. boleh ke kita jaga dua2 anak ni. mampu ke nak cukupkan semuanya.. kasih sayang dan semua la" husband cakap boleh.. rezeki kan. emmm aku pun okey je la.. malas nak layan perasaan. 

bila da 4 bulan doctor scan cakap gender  baby boy.. masa tu rasa macam wow best nya anak da sepasang. ok.. hati da boleh terima. tapi perasaan bersalah dekat hana tinggi mengunung. nasib baik husband reti sikit nak handle hana. boleh buat susu. boleh basuh berak. boleh bangun malam buat susu. so okey sikit la.. xde la penat sorang2.

masa haziq keluar dari perut pun.. aku macam xpercaya.. eh anak da 2. masa malam tu kan kita kena duduk ngan anak. malam tu aku tengok je muka haziq... macam2 aku fikir.. emmm... kesian haziq kalau mama buat perangai macam kakak hana. lama2 perasaan sayang dekat haziq banyak dan banyak.. sampai kan nak cium n peluk dia je... eh memang sayang la.. haziq kan anak mama. manja ni... nak belek dia je.. huhu.

ngandung penat sangat sebenarnya.. nak2 kerja macam aku.. berdiri prepare ubat.. kalau da 9 bulan kena dispense lagi nak nangis. tapi aku jenis xlayan sangat. sebab kawan lain pun penat jugak kerja . xkan kita nak jadikan alasan ngandung nak duduk je kan. lagi pun mak pesan jangan duduk @ baring je masa ngandung nanti anak malas. so aku buang semua perasaan yang malas tu jauh2. aku lawan je. penat xpayah nak cakap.. tapi da kerja kan. redha...










Saturday, November 14, 2015

Pengalaman anak pertama..






bila terkenang balik.. masa lepas bersalinkan hana.. memang kalau aku xkawal emosi.. memang aku boleh dikatakan meroyan..haha.. kesian sangat time tu. ye la anak first.. semua benda xtahu.. tidur semua terganggu.. tiba2 nak kena menyusukan anak. tiba2 pukul 3 pagi duk menangis.. arghhh... stress!! paling sedih masa hari ke2 dekat kampung. masa tu masuk bilik air... lama duduk.. suruh husband ikut sekali.. sekali tiba2 cakap dekat dia.. 'awak saya macam xde semangat nak hidup' lepastu nangis macam budak kecik. terus husband mandikan... siap2kan.. macam baby .. huhu.

disebabkan tu 20 hari pertama husband ulang alik dari sabak bernam ke KL... sebab dia pun sedih tengok isteri dia macam tu. bangun pukul 5 pagi gerak pergi kerja dekat kerinchi.. habis kerja sampai sabak bernam pukul 12 malam.. kadang2 awal pukul 11 malam. begitu la.. sampaikan aku macam dah okey sikit.. dia pun balik hujung minggu je. bayangkan hari2 minyak dari sabak bernam ke KL.. rm50 untuk pergi balik. tol dalam rm5 pergi balik.. parking rm15 sehari..darabkan dengan 20 hari. tapi masa tu xingat pasal duit dah.. apa yang tahu setiap hari husband kena ada dekat sebelah malam2. saiko kan..

malam2 lagi la.. nak tidur pun susah.. anak bangun setiap 3-4 jam sebab nak susu. lepas susu.. kejap lagi berak. pastu dalam pantang nak kena pakai bengkung..makan ubat. nak kena makan lauk yang errgghhh.. memang saiko kot time tu. kesian jugak anak. mama xdapat kawal perasaan. huhu. lepas 2 minggu baru aku menjadi diri sendiri. tapi mak xperasaan pun aku macam nak meroyan. sebab aku cover baik punya. mak kan sakit.. so xnak bebankan mak lagi. dekat husband je aku pok pek..pok pek. lama kelamaan bila bagi anak susu badan perasaan kasih sayang tu timbul.. haa... baru reti nak sedar..

terus sedar kenapa aku layan sangat persaan yang syaiton hasut tu. kenapa perlu begini.. kenapa perlu begitu.. huhu. ditambah dengan stress berat badan masa tu xnak turun2. so kepada semua.. kalau nak datang melawat orang dalam pantang kena la jaga tutur dan kata. dalam pantang ni lain cikit. emosi cepat sangat terganggu. jangan nak banyak tanya.. stress tau.. huhu. =) kadang2 sebab orang tanya.. laaa.. kenapa perut buncit lagi ni.. terus stress sehari. kesian. bila dah pernah rasa ni baru tahu macam mana stress nya dalam pantang... kena belajar kawal emosi dengan betul2..

kadang bukan sebab apa.. sebab pegalaman pertama. kalau dulu.. tidur xde sape nak kacau.. sekarang anak duk ek..ek pukul 3 pagi.. lepas dah kenyang susu.. berak pulak. lepas tu fikir kenapa berat badan xnak turun2 lagi. macam2 la yang nak kena serasi dengan keadaan yang baru ni. bukan senang rupanya berada dalam 44 hari pantang tu. pengalaman pertama memang sangat mencabar. bila dah masuk anak ke2.. aku dah semakin selesa..semua boleh di handle. seronok pulak pantang 44 hari tu. main dengan anak. baring2.. pandang luar.. tengok langit.. tengok pokok2.. segarnya..

masa anak ke2 baru reti nak simpan susu EBM. sebab masa hana semua xtahu. sampai susu penuh. habis basah baju. cerita dekat mak. mak kata mak pun macam tu. mak kata mak letak tuala dulu. yelah mak2 dulu mana tahu pasal simpan2 susu ni. aku pulak anak pertama xtahu apa2. xsearch pulak pasal penyususan dan penyimpanan susu tu. kesian.. sehari tukar 5 helai baju. anak num2 dah reti dah.. bila nak kena pump.. bila nak susukan anak. semua dah okey. badan pun dah reti jaga.. pantang pun betol2. rehat pun cukup2. tulah pengalama pertama.. semuanya kesian.. hahaha... =) =)




Friday, November 13, 2015

vitamin semasa mengandung


mengandung untuk kali yang ke3. alhamdulillah... rezeki Allah nak bagi. terima dengan hati yang terbuka. eh macam xsabar la mama nak scan next month. nak tahu baby mama ni boy ke girl. kalau boy leh main ngan abang haziq n ayah... kalau girl.. leh main dengan kakak hana.. n tolong mama sama2 dekat dapur.. ;) 

setiap kali mengandung aku memang akan ambil vitamin untuk baby yang dalam kandungan. untuk 3 bulan yang pertama makan folic acid sahaja. tapi kalau kadungan ada masalah atau rahim lemah atau nak kuat kan rahim diawal kehamilan doctor akan add duphaston tablet. ikut atas doctor jugak la. yang penting anak membesar bagai juara...

anak yang ni agak active sikit. baru 4 bulan da rasa pergerakan dia yang agak active. kadang tu sehari berkali2 dia gerak. so berbalik kepada vitamin... selepas masuk trimester ke2.. iaitu bulan ke 4.. doctor akan bagi vitamin2 yang bersesuaian dengan tahap kesihatan kita. contoh kalau ada masalah darah kita akan ambil ubat yang lain sebagai tambahan.. 

macam aku.. anak ke2 dan ke3 sama je. cuma calcium tu.. aku lagi serasi denga caltrate plus. kalsium kurang kan.. haha. so kena amek yang plus2 cikit la. pramilet tu  vitamin untuk ibu dan anak. belvea pulak untuk perkembangan IQ baby didalam kandungan.  untuk anak... mama sanggup telan semua nya baby... biar pun kadang2 nak termuntah... sebab besar sangat saiz ubat nya.. huhu... 

sebenarnya penting untuk kita ambil vitamin ni semasa mengandung. sebab kita xtahu dalam menu diet seharian adakah kuantiti nya mencukupi untuk diri kita dan baby yang kita kandungkan. kalau ada yang cakap nanti berat baby berat sangat la.. n nanti berat kita naik la.. alah... xpe... kita makan je... nanti kita sihat anak pun sihat. kalau lapar makan je la. nanti dalam pantang kita pantang la kaw2 punya... ok?? confirm berjaya...

 so jom kita jaga diri dan anak kita... makan tau semua vitamin yang doctor bagi... kalau boleh makan hari2.. disamping tu kita akan rasa lebih bertenaga dan sihat walaupun tengah mengandung dan bawak perut yang semakin membesar. nak kerja pun kita bersemangat... dan cergas... !!! tapi kalau da penat tidur je... huhu... suami kan ada... suh dia sama2 penat sekali layan anak2... tq husband.. awak ayah yang terbaik... muaaah cikit.... !!!!! 



Thursday, November 12, 2015

Mengidam la sangat.. huhu...

bila mood update datang.. sehari boleh up 3 entry. bila mood malas datang... nak log in pun malas. bila log in... tengok ada yang sudi nak bukak blog ni... terus rasa macam eh semangat nak update tu datang balik...

biasa la kita hidup ni xsemua orang suka kita. kita pun kadang2 xsuka cara orang. tapi kita layan je. kalau kita tunjuk sangat xsuka tu.. agak bahaya. xpe.  kita pegang pada prinsip... selagi xde hal.. kita ok je... haa...ok x??

mengandung kali ni banyak pulak benda yang nak makan. antaranya... kacang pool, lamb chop, ketam telur masin, durian xdapat2 lagi sebab husband xbagi.. katanya panas. okey bos. emmm. xpe ada lagi 5 bulan...

banyak lagi masa nak dapatkan semua tu. huhu. tapi kalau husband ada duit lebih..  dalam sehari tu semua yang aku nak dia dapat kan. that why i love u sayang... hahaha. tunggu lama2. sekali dia ajak.. terus kenyang..

ikutkan setiap tahun kot mengandung.. 2012-2013.. 2014.. 2015-2016... hoho... rezeki Allah nak bagi... kena redha dan bersyukur. biar la orang nak cakap tu ni.. tu ni.. bosan sangat da dengar. banyak sangat soalan nya.. ada rezeki anak2. insyaallah... 


Saturday, November 7, 2015

Sabtu datang lagi

sabtu... sabtu... weekend datang lagi. hari ni duty 4-11. best jugak kadang2 kerja shift ni. sebab kalau kerja petang. kul 10 leh bangun. kadang2 kalau anak2 pun xbangun.  kul 11.30 baru reti nak bangun. bangun2 terus kena buat kerja rumah. bukak pintu tengok jiran2 semua cuti... alahai... seronok nya... sabtu ahad cuti. xpe la takdir hidup kita lain2 kan jiran.

apa2 pun pekerjaan kita bersyukur la. okey.. semua kerja rumah da settle.. boleh duk relax sambil tengok tv dan bermanja2 dengan anak. kakak xbangun2 lagi.. sebab semalam kul 6-10 malam dia da tidur. so bila ayah balik kerja dia pun ajak ayah tengok upin ipin. last2 kul 4 pagi baru dia tidur. ni kalau xkacau.. mau kul 2 petang dia bangun. hana oh hana...

haziq pagi2 da bangun. aku xde dekat dia.. dia boleh rasa... terus dia bangun.. nangis.. hoho. anak lelaki manja cikit. pantang mama hilang terus laju je air mata tu jatuh. tapi haziq kadang2 kul 1 @ 2 dia tidur balik. dia da mandi.. dah susu.. golek2.. kejap lagi tengok dia da tidur sendiri. kalau xtidur dia main la sorang2. pandai bawak diri ye.. tahu2 je dia nak dapat adik tahun depan. tq anak2.. ;)


Friday, November 6, 2015

Haziq.. 11 bulan..


muhammad haziq iman. masa ni dia xboleh merangkak laju2 lagi. rindu masa dia baby. sekarang akal da banyak. bila perhatikan.. sebenarnya dia yang suka kacau kakak dia. huhu... hai anak bertuah bijak ni. lepas tu dengar la dia menangis... kena gigit dengan kakak. alahai bising rumah. 

lepas tu kalau mama ada baring dekat dengan dia... dia xkisah pun.. panggil pun just pandang senyum2 lepastu sambung buat sepah balik. tapi kalau mama nak pergi toilet ke dapur ke.. ha... start la dia melalak nyaring tu... siap keluar lagi air mata. hoi over ye. xkan mama nak mandi pun ang nak ikut haziq. 

haziq ni manja sikit. tapi rasanya... bukan sikit tapi banyak. kadang2 tu bila tengah baring dia datang golek2 sekali dengan kita. mudah sangat terhibur dia ni.. acah2 sikit da gelak terbahak2. eh mama gigit nak x? nanti tahun depan haziq da jadi abang. jaga adik n kakak tau. tengok gaya macam dah nak berjalan sebab kadang2 dia lepas tangan joget2.. huhu...

cepat2 jalan.. senang kalau g mana2 xpayah bawak stroller. sebab awak tu kadang2 bukan nak duduk dalam tu. haziq nanti jadi anak yang solleh dan bijak ye. bijak untuk kawal keadaan.. bijak untuk atur masa depan... amin. muhammad haziq iman... awak anak yang baik.. mama sayang haziq... kakak pun mama sayang... tahun depan kita jumpe adik baru ye.. insyaallah... ;) 




Wednesday, November 4, 2015

4 bulan...

4/11/2015- hari ni jumpe doctor sebab nak scan baby. alhamdulillah baby sihat. dah masuk 4 bulan da. masa doctor scan tadi dah dapat dengar degupan jantung dia. subhanallah sayu pulak hati... walaupun anak ke3.. tapi tetap berdebar2 menanti kelahiran dia. semoga baby sihat dan kuat. due mugkin dalam 20.4.2016. kalau 19.4.2016 ok jugak. sebab kakak hana 19.5.2013. insyaallah...  ;)

doctor kata baby kepit kaki dia.. so xnampak lagi boy ke girl. xkisah la boy ke girl. tapi mama rasa awak macam girl.. haha.. boleh x? entah la... kita tunggu bulan depan ye. bulan depan jangan la malu2 baby. kiteorang nak tau jugak awak boy ke girl. kali ni mengandung cepat rasa macam pening.. kadang2 tu pemandangan gelap je. tanya doctor kenapa.. doctor kata tekanan darah awak mungkin rendah.

sekali cek.. betol la. patut la kadang2 rasa macam nak pengsan. nak kata aku xmakan. pagi2 memang makan nasi lemak. doctor cakap aku kurang minum air. ye doctor memang tepat. aku malas nak minum air . sebab penat nak g toilet.. hoho... sebab tu malas nak minum air. eh macam lupa la kenapa doctor kata air n tekanan darah tu. sebab masa tu excited nak jumpe baby.. nak tengok dia gerak2.

ayah kata kalau ada rezeki... bersalin je la dekat kpj tu. aku cakap.. eh membazir rm3k. boleh buat makan sampai muntah.. xpun leh bawak anak jalan2. bersalin dekat kerajaan rm36 je.. jauh beza okey. bagi aku sama je.. sebab pernah bersalin dua2 hospital. xde beza la.. sakit sama je. dah sakit xfikir da semua tu.. yang penting nak anak cepat keluar je..

macam aku.. emosi selalu terlebih. setiap kali bersalin selalu pesan dekat husband.. kalau saya xkuat.. saya pergi masa lahirkan anak ni.. ampun kan saya.. bla...bla..bla.. haha.. emosi kan. eh bersalin ni ibarat nyawa kat hujung2 tau. sebab tu mama emosi anak2. husband macam biasa la.. malas nak layan. huhu.. eleh padahal risau jugak tu . pandai cover kan.

masa bersalinkan hana husband teman. dia tengok dari aku 4cm dalam labor room lagi. setia disisi. sampai la doctor duk jahit. tali pusat anak pun dia dapat peluang potong. kesian tangan dia aku genggam kuat sangat. masa haziq husband xdapat teman.. sebab dia kerja. ingat kan bersalin hari isnin.. ayah dah cuti baby xnak kua. so ayah pun kena la balik KL. hari rabu baru haziq nak kua.

sedih sangat bila husband jauh nun kat KL.. kita bersalin sorang2 dekat labor room.. uwaaa... sedih2. nak nangis tapi kena control. xpela mak abah kan ada. dekat hospital sabak bernam bila da bukak 10cm husband boleh masuk. baguskan. sebenarnya tu la semangat nak teran. bila teran dia bagi semangat. terus rasa nak push kuat2.. haha.. over kan. xpe la lain orang lain cara nya... kita berbeza..

masa haziq walaupun husband xde.. tapi aku kira bertuah sebab aku sorang je dalam labor room tu. so ramai nya staff yang ada. duk bagi semangat kiri kanan.. alhamdulillah. rezeki nama nya tu. walaupun bayar rm36 sangat berpuas hati. terima kasih. balik pun dengan hati yang girang... senyum sampai telinga. jom berjuang untuk tahun depan pulak... ;)


hari rabu yang tenang...

selamat pagi untuk hari rabu... ;) eh da rabu da.. sekejap je rasanya. bagun pagi gosok gigi.. jangan lupa baca doa banyak2 supaya sejuk dan terang sikit hati nak buat kerja. biar mata bukak luas2 cikit. hari ni pagi2 mula kan dengan semangat yang baru. yang semalam2 simpan atau buang jauh2. ok... jom mandi pergi kerja. nanti lambat nak punch. (",) 

Tuesday, November 3, 2015

pulut mangga + ice cream vanilla






bila teringin benda xreti semua tiba2 boleh.. percaya la... antara jadi atau x je.. hihi.. lepas pisang nangka.. anak nak makan pulut mangga pulak.. so jom kita try buat la... kita tambah ice cream sikit bagi lain dari lain...

pulut mangga ice cream vanilla

1) mangga apa2 yang kita suka
2) beras pulut
3) santan kotak
4) ice cream vanilla

cara2 nya :
1) masak beras pulut sampai jadi pulut.. masa dah siap basuh tu letak garam cikit sebab nak bagi dia rasa lemak2 sikit.
2) santan pulak.. tuang dalam periuk pastu letak gula cikit je.. pastu letak garam.. biar sampai didih.. xnak letak gula pun xpe.. ikut tekak.
3) potong mangga cantik2.. hidang la... amek pulut cikit.. tuang santan atas pulut dan letak mangga yang da dipotong comel.. pastu letak ice cream cikit.
4) boleh hias cantik2.. bagi family makan sebagai pencuci mulut... senang kan.. buat sendiri banyak boleh makan...

alhamdulillah mak n adik n husband cakap sedap. okey nanti kalau nak makan boleh buat lagi.. ha nak sedap guna mangga harum manis.. tapi susah la nak cari... selamat mencuba.. rasai la lemak2 manis sejuk dalam mulut.. pulut mangga + ice cream vanilla...





sira pisang nangka



sira pisang nangka.. kenal benda ni masa form 4. masa tu mak meniaga kuih muih dekat bazar ramadhan dekat kuatan. kedai sebelah tu jual kuih. tiba2 ternampak pisang ni. dah la aku ni suka pisang nangka. entah xpernah try pun. sekali masa mengandungkan hana... teringin sangat nak makan benda ni. terus google n buat. laa senang je. pastu masa pregnant num 3 pun mintak buat jugak.. nasib baik tokwan ada tanam pisang nangka. fuhhh selamat air liur anak mama. 

sira pisang nangka yang senang amat: 

1) pisang nangka yang dah masak
2) gula 
3) daun pandan
4) pewarna kuning

masuk pisang dalam periuk yang ada dekat rumah.. letak air.. letak gula.. letak pewarna.. letak daun pandan. tutup periuk.. tunggu sampai masak. gula ikut suka. pewarna jangan banyak sangat. semua agak2 tekak nak makan. lepas tu dah masak boleh makan. pastu buat milo panas makan sambil pejam mata.. memang terbaik.. gula xpayah banyak sebab pisang nangka da manis. nak sedap makan masa dia sejuk... okey... ha boleh try... :)  


Anak2 yang tersayang...

bila anak tidur tengok muka diaorang..mula la macam2 yang bermain dalam fikiran. hari ni aku layan anak2 baik ke. happy ke anak2. bila emosi terlebih emm... tiba2 air mata jatuh. bukan senang nak jadi mak ni. tapi demi tanggungjawab dan amanah... gagahkan diri untuk bagi yang terbaik. insyallah...

hana... haziq... baby... mama sayang semua anak2 mama... mama xmintak apa2.. cuma cukup la nanti anak2 mama boleh berjaya untuk menghadapi kehidupan yang penuh cabaran ni. boleh menjalani kehidupan ni dengan baik. selagi termampu mama dan ayah akan buat anak2 mama happy... bila anak2 happy hati riang xterkata.. itula nikmat dunia yang Allah berikan.. sungguh indah. alhamdulillah