Tuesday, September 30, 2014

Nak masuk 7 Bulan




xlama lagi dah nak masuk 7 bulan. pregnant kali ni macam agak xberapa nak larat sangat kot. mungkin faktor dulu2 masa dalam pantang hana.. aku main2 je. mak suruh bertungku aku main2 je.. suh pakai bengkung kadang2 mengelat. nasib baik lah berat berjaya jugak cecah target 63kg. tu lah orang2 tua cakap dengar. jangan nak tunjuk hebat sangat. jangan nak sombong sangat.. alah xpe.. okey je kalau xpantang sangat pong.. oh tidak2...

mak cakap kalau xnak ikut suka hati.. nanti diri sendiri yang tanggung. ha masa tu tau lah.. eh betul lah mak cakap dulu. huhu. dah terjadi okey. sebab tu insaf 100%. ni mengandung anak num 2 aku dah sakit2 pinggang, kalau aktive sangat buat kerja rumah.. OT banyak sangat dekat tenpat kerja dan busy teramat sangat.. malam mula lah aku menanggung sakit pinggang. sampaikan bila dah baring tu nak mengiring encik iwan yang kena tolak.

so disebabkan dah xberapa nak mampu nak berjaga malam.. memang aku request xboleh dah nak buat kerja malam. dah lah malam sekarang busy sangat. nak2 kalau kena prepare sorang2.. lagi lah hazab nya. hehehe.. =p dulu boleh lagi nak bertahan sampai nak masuk 9 bulan. sekarang dah xmampu. nak fikir orang sangat pun diri sendiri yang terseksa xguna jugak kan. sebab kadang2 orang pun bukan fikir kita... so surrender lah.. =) =)

tahun ni nak bersalin dekat government je. sebab dekat sini mahal lah hai.. banyak lagi boleh guna untuk benda lain. so berkorban lah. xpe dah pernah rasa dah bersalin dekat swasta.. so anak num 2 ni.. kita jimat2 lah mana yang boleh ye. tahun ni nak bersalin dekat hospital daerah dekat kampung. senang nak berpantang. xpayah nak travel jauh2 lepas bersalin. penat wo duduk lama2 dalam kereta. sakit pinggang. kesian diri sendiri..

p/s : tahun ni nak mintak mc awal seminggu... yeahhh xsabar nak berpantang.. nak rehat. penat sangat dah otak ni... =) =)  

Tuesday, September 23, 2014

Terima kasih pengunjung2 =)


kadang2 malas nak update blog. tapi kena jugak update.. kalau malas kang bersawang.. xde lah yang datang nak jenguk dah. terima kasih kepada sesiapa yang sudi view my belog.. walaupun xseberapa tapi tetap jugak hari2 ada yang datang jenguk. terima kasih sangat2. nak update hari2 macam dulu susah cikit. tunggu tahun depan.. insyaallah akan meng-active kan balik untuk update hari2... =) terima kasih kawan2.. sila jangan jemu datang ke blog saya ye =) =)


Friday, September 19, 2014

Anak penyeri kehidupan kami =)




bila spend time sama2 dengan hana irdina kadang2 rasa macam xpercaya dah anak sendiri. perasaan sangat terharu sebab Allah kurniakan rezeki seawal ini. rasa bertuah. syukur sangat2. bila kita spend time sama2 dengan anak best sangat. main2 dengan dia. gurau senda dengan dia.. hilang stress. nak2 kalau ada ayah nya sekali.. lagi best... best yang xdapat nak diucap dengan kata2. rasa sempurana sudah kehidupan. cukup bahagia. =) terima kasih Ya Allah kerana memberikan nikmat rezeki seperti ini =) insyaallah hujung tahun bertambah lah lagi anak encik mohd idzuan. dan nama pun dah ada... Muhammad HA...IS... huhu. tunggu dia lahir dulu baru kita up satu entry untuk baby boboi tu ye. sekarang pasal kakak dia je.. =)


hana paling jeles kalau mama dan ayah dia duk rapat2 baring atas katil. hahaha. kang mengelabah lah dia nak menyelit sekali dekat tengah2. berusah keras tu nak duk tengah2. kalau xberjaya dia akan menjerti mintak ayah dia peluk dia angkat dia. dia je nak manja2 dengan ayah. mama xboleh lah ye. hana memang rapat dengan ayah dia. cuma masa dia demam hari tu je dia nak berkepit dengan aku. asyik2 nak mama.. nak mama. happy sangat.. hoho. yelah budak perempuan tu bukan nak sangat aku peluk2 dia. dia rimas. geram je aku.. kalau paksa2 peluk pun kang dia mengamuk. besar dah hana irdina.. nak jadi kakak dah dia. hai macam mana lah dia layan adik dia kang.. haru aku.. hoho. xpe ayah kan ada..hihi =)

p/s : orang yang paling teruk dalam dunia.. apabila dihadapan kita dia adalah pelakon yang terbaik. tapi belakang kita habis kaw2 dia kutuk kita. hai manusia sila terasa. macam lah kau perfect sangat kan.. =p

Tuesday, September 16, 2014

Selamat Hari Malaysia.. =)

selamat hari malaysia semua. so kiranya hari ni public holiday lah kan. seperti biasa.. kita berkerja lah dengan selapang-lapang dada nya. xpe dia bayar kita triple punya. hoho. tapi gaji xberapa nak besar so triple tu kira boleh lah buat tambah2kan. alhamdulillah hana irdina dah okey cikit dah. demam dah okey dah. oh macam ni perasaan seorang ibu..mak..mama yang melahirkan..membesarkan anak nya...bila anak sakit.. kita pun merasai lah macam2 perasaan. risau.. sedih.. takut semua ada... complete semua nya.

cuti tahunan tinggal 2 hari je. lari dari plan. tu lah kita plan punya plan last2 terbabas jugak. huhu. benda dah nak jadikan.. nak buat macam mana. hari ahad tu patutnya duty 7am. tapi terpaksa EL jugak sebab badan hana panas sangat. mak abah xde dekat rumah sebab ada family day sebelah mak dekat janda baik. aku xpergi sebab xcukup cuti. last2 terpaksa EL sebab anak sakit. dugaan. maka disebabkan mak abah xde dekat rumah.. aku xberani nak ambik risiko biarkan hana tinggal dengan ayah dia.

biarlah apa nak jadi. kena marah ke.. kena apa ke.. huhu. anak segalanya. dulu masa xde anak.. masa bujang2. xpernah pikir semua ni. sekarang dah ada anak.. baru tahu. hana pulak malam sabtu tu xberhenti2 menangis. paling best pukul 2 pagi duk tunjuk dekat pintu masuk. ha?? xterkejut ko.. meremang bulu roma aku. menangis sampai mata dia bengkak. kesian sangat2. kalau boleh bagi lah demam tu dekat mama hana. xsanggup dah rasanya nak tengok hana tanggung semua tu. kesian hana..

nak cakap sakit... dia xreti lagi. so menangis lah retinya. haa.... hana... mama dah xsanggup nak tengok hana macam ni. =( isnin aku off.. tukar duty dengan kawan. sebab badan hana panas lagi. 38 suhu dia time tu. pagi tu dalam pukul 9 am encik iwan ajak balik sabak bernam. lepak rumah atuk dia. lagi pun dah lama sangat xbalik sana. rindu nya kampung. seronok kan duduk kampung. best nya lah. masa isnin tu hana demam lagi. sampai kampung.. terus mandikan dia. air kolah dekat kampung sejuk sangat.

mandikan dia beberapa kali alhamdulillah.. pagi tadi masa nak balik suhu badan dia dah normal. mungkin sebab air dekat kampung tu sejuk semulajadi kot. so turunlah suhu dia. doctor ada cakap.. nak turunkan suhu.. bagi anak mandi time demam.. kalau boleh bagi dia duduk dalam besen.. main2 air. buat dan buat sampai suhu dia 37. dalm 10 minit. lama2 kecut kang.huhu.  lepas tu suhu akan naik balik.. pastu ulang balik suka hati kitalah nak selang beberapa jam. aku buat dekat rumah xmenjadi.. hoho..

balik kampung jadi pulak. kita berusah selebihnya bertawakal lah kan. alhamdulillah.. syukur sangat2. memang best lah mandi dekat rumah atuk. sejuk sangat2. damai je suasana kampung. tengok burung terbang. tengok pokok2. =) dalam pukul 10 gerak balik. kelam kabut lah mama siap2 nak pergi kerja. dan akhirnya... duty public holiday dah nak habis.. yahoooo.. =) semoga hana sentiasa sihat. xnak lah demam macam ni lagi.. mama takut sangat2 hana... kesian tengok hana... mama sayang hana... =)

p/s : gigi hana nak tumbuh lagi 4 batang. sekarang dah ada 6 batang. 4 batang gigi atas. 2 batang gigi bawah.


Friday, September 12, 2014

Bila anak demam..





second nite.. sekarang jam dah pukul 4 pagi. makanya lagi 3 jam je lagi nak habis shift. xsabar nak balik nak peluk2 budak kecik tu. rindu sangat dekat dia. hari ni dia xberapa nak sihat. badan macam panas sikit. pagi2 aku dah mandikan dia. bagi suhu turun cikit. 2 kali dia bery2. mungkin sebab badan panas kot. kesian tengok dia. walaupun badan macam suam2 kuku gitu dia tetap aktif kesana dan kesini. turun naik katil. oh itu lah nur hana irdina. semangat yang sangat kuat. bagus anak mama. dalam kehidupan ni kita mesti kena kuat. harus tau sayang..

tengah hari aku nak tidurkan dia.. sebab dia merengek2. mintak nenen.. aku buatkan. dia kalau nak susu.. duk lah sebut banyak2 kali.. mamamama...nenenenen... sambil tunjuk botol dia. puas ajar.. susu.. susu hana.. tapi dia tetap dengan pendirian dia... nenenenen... suka hati lah anak.. janji apa dia nak mama paham. huhu. buat kan susu.. lepas tu konon2 nak ajak dia baring sekali lah. lepas tu kita sambung tidur balik. emmm.. hampeh.. lepas habis susu.. terus dia turun katil. aku tutup pintu. sedar2.. uwaaa... habis dia sepahkan. anak oh anak...

hari ni 3 kali mandikan dia. doctor cakap.. kalau demam.. sila mandikan anak tu. okey doctor. disebabkan malam ni kerja malam. aku terpaksa rela masuk kan voltaren suppository dekat bontot dia. terpaksa.. walaupun aku xrela.. takut bila aku xde nanti semua orang xsedar. nak EL.. kesian dekat kawan yang kerja malam. jadi kita redha dan tawakal je lah. semoga Allah melindungi mu wahai anak. al-fatihah mama kirimkan dari jauh.. semoga engkau cepat sihat dan cergas seperti sediakala.. mama sayang hana... hana buah hati mama.. =)

masa siap2 nak pergi kerja tadi.. rasa badan dia macam okey cikit. buat kerja slow2 je. xnak bagi dia terjaga. kalau dia terjaga kang nangis2 nak ikut. aduh.. lemah betul kalau nak pergi kerja dia menangis2. eh hana ni kadang2 berlakon je lebih. opah cakap bila mama hilang dia pun okey lah.. hoho. pandai ye.. nak kena ni. haip. nak cium pipi dia susah sebab dia tidur mengadap dinding. nak alihkan takut dia terjaga.. last2 cium kepala dia je. jadilah untuk buat semangat nak mengharungi kerja malam.. =) eh2 mama.. over terlebih emosi tu..




Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Sumber : klik sini... tq =) 






Thursday, September 11, 2014

Check up 6 bulan (25 minggu)






kerja malam first night. alhamdulillah.. hari ni xberapa nak busy sangat. sangat santai berkerja. esok malam xtahu macam mana. apa yang penting balik rumah kena tidur.. zzzz.. kalau xtidur mau kerja malam tu kepala aku ting tong. hari ni jumpe doctor. check up untuk 6 bulan. baby dah 25 minggu. lepas tu berat dah 800g ++ . doctor cakap baby sihat. tadi macam nervous jugak sebab doctor tanya. "doctor ada bagitau xjantina apa yang lepas" aku dengan excited nya cakap "boy doctor"


"oh hari ni baby kepit kaki..sekejap ye" alamak... anak mama.. jangan lah kepit kaki tu. tunjukkan lah segalanya.. haha.. mamamu memang xsabar nak tahu. sila lah jangan malu. malu sebab kakak hana ada ye?? huhu. kakak hana diam je tengok mama baring kena scan perut. tengok xberkelip dia. pelik kot kenapa mama dekat situ. tunggu beberapa saat. doctor tekan2 sikit.. "okey memang boy lah.. tu nampak tu" aku yekan je.. xnampak pun.. hahaha. xpelah janji baby sihat. hati mama pun happy. mama pun bersyukur sangat dah. semoga anak boy mama keluar dengan selamat ye..


Tuesday, September 9, 2014

6 bulan =)



hari ni duty petang. disebabkan kena mendouble duty untuk 2 hari berturut2. maka nya keletihan agak ketara kelihatan. balik2 dari kerja mandi2 terus tidur. haha.. memang badan aku dah lebik sangat dah. kepala pun dah berpusing. nasib baik hari ni kerja petang dapat lah rehatkan sikit badan dan kepala. esok ada check up dengan doctor. xsabar nak tengok baby mama.. rindu nak dengar jantung dia. rindu nak tengok dia gerak2 comel dalam perut tu. besok kerja malam. so boleh lah bawak hana sekali. boleh hana tengok adik dia. eh budak kecik tu reti ke nak tengok adik dia...

sekarang ni hana dah aktif sangat. kadang2 penat nak kejar dia. huhu. mencabar jugak ye kalau mengandung dan kakak nya baru setahun lebih. sangat2 menguji kesabaran mental dan fizikal. sebab umur yang macam ni lah kakak nya tu nak belajar macam2. belajar nak pegang itu ini, belajar nak jalan laju.. belajar nak baling2 badan bila mengamuk. belajar nak berlari. dan paling penting umur2 macam ni lah kakak nya nak bermanja lebih2. kadang2 kesian tengok. sebab mama penat.. huhu. hana pandai berjalan pun masa aku disahkan mengandung. dia tahu nak dapat adik kan... =) =)

Sunday, September 7, 2014

Yeaahhh balik... =)





tersentuh sangat bila baca ayat ni. terima kasih Ya Allah... yeahhh dah nak habis dah duty hari ni. selamat dah duty 7am sampai 9pm.. penatnya badan... balik kang lepas mandi nak tidur.  esok kita sambung duty lagi.. oh esok kena double lagi.. duty yang sama masuk 7am balik 9pm. xpe lah.. kerja selagi boleh kerja.. saya sayang kerja saya.. =) terima kasih Ya Allah diatas segala nikmat yang Engkau berikan.. =) =) syukur alhamdulillah...


Kakak dan Adik



Pengalaman mengandungkan anak pertama dengan anak kedua amat sangat berbeza. masa hana dulu.. aku steady je. aku aktif bukan main. syukur jugak masa tu aku xkena morning sickness. rezeki Allah bagi. disebabkan xkena morning sikness langsung maka berat sepanjang mengandung dari 63kg cecah ke angka 85kg. lebih kurang 22kg jugak lah berat naik. nampak x bertapa kuatnya aku makan. pagi2 selera mesti nak makan nasi lemak. harus.. wajib... aku suka sangat nasi lemak makcik tu. memang tiap2 kali kalau duty office hour atau kerja pagi mesti beli. lepas tu kuih rm2 untuk bekal pukul 12 tengah hari.

kadang2 sentap jugak bila orang tegur gemuk.. tembam.. biasa lah mood orang mengandung memang macam ni. ah tipu lah kalau mood orang mengandung tu okey je. huhu. okey berbalik kepada cerita kita. masa mengandungkan hana jugak... aku rajin sangat2. hari2 kemas rumah. hari2 aku basuh baju. dalam bakul mesti kosong. mungkin juga masa tu xde apa nak buat.. so rajin terlebih2 sangat lah. sebab tu kot hana aktif jugak. tu mak aku lah yang cakap. hana ikut mama masa mengandung. haha. budak kecik tu memang. pantang celik mata.. terus zappp... macam2 aktiviti nak dibuatnya. happy tengok dia.. =)



anak no 2 ni pulak pun xde morning sickness tapi masa awal kehamilan tu angin dalam badan aku banyak sangat. sampaikan kena on syrup gaviscon. sebelum mengandungkan baby second ni capai jugak lah target ke berat asal 63kg. tup2 lepas tu pregnant lagi. haha... rezekikan. rezeki setiap orang mana sama. ada orang rezeki duit banyak. ada orang rezeki senang dapat anak. ada orang rezeki kesihatna yang baik je. ada orang rezeki ada rumah sendiri muda2. eh macam2 lah nikmat Allah dekat manusia. jadi kita kena lah sentiasa bersyukur. walaupun pahit nak lalui.. pasti ada sebab kenapa kita dipilih untuk melalui nya =)

sekarang dah nak masuk 6 bulan dan berat aku dh cecah 70kg, masa anak num 2 ni.. aku malas sikit. hai anak jangan malas2 tau. huhu. nasib baik.. ayah nya boleh diharap jaga hana tu. malam2 kejut suruh buat susu semua tip top. umur hana 3 bulan dia dah pandaikan mandi. nak buat macam mana bini kerja shift nak xnak kena cepat sikit belajar. alhamdulillah setakat ni baby sihat. perut mama xberapa nak nampak. masa hana dulu.. cepat je nampak. xpe asal anak mama sihat okey lah. ha lepas ni boleh lah nak stop sekejap. nak rehat2 cikit. setahun sorang penat jugak.. hoho. nak2 kalau kakak dia buat hal.. dugaan betul...

dugaan yang teramat sangat masa disahkan mengandungkan anak no2.. aku kena masuk ward.. sebab sakit pinggang.. masa tu Allah je yang tahu peritnya sakit yang terpaksa dilalui. disebabkan mengandung.. aku on panadol tablet je. selebihnya semangat dari diri sendiri. ye diri sendiri kena kuat untuk melawan. kena gagahkan diri untuk mengiring.. kena gagahkan diri untuk berdiri. kena gagahkan diri untuk buang air. oh itu pengalaman yang xkan dilupakan. sangat2 perit. sampaikan terfikir mampu ke aku nak berjalan lagi. dan alhamdulillah berkat doa suami dan mak. akhirnya.. hari ke3 aku dah boleh berdikari =) =)

kesimpulan nya. jatuh bangun nya kita dalam kehidupan ni. kita xmampu nak suruh orang faham. dan diri sendiri sebenarnya yang kena atasi semua sifat2 yang negetif. kena kuat. kena tabah. orang bagi lah nasihat macam mana pun kalau xfaham2 memang tang tu je lah. ada orang cakap.. muda2 sibuk nak kawin awal. xsempat nak kumpul harta sibuk nak kawin.. sedih kan. tapi.. dah rezeki.. Allah dah tetapkan umur sekian2 kita kawin.  ajal maut jodoh semua Allah dah tetapkan. mendoakan kebaikan kan lagi bagus dari mencerna. kecik hati sangat2. huhuhu. xpelah.. kita insan lemah.. banyak kekurangan.  terima kasih sangat2 =) =)

p/s : kesentapan msg dari sesorang itu amat dalam kesan nya. terima kasih.. =)



Thursday, September 4, 2014

Bila Hana Irdina pujuk mama =)



tadi tengah hari keluar dengan encik suami dan hana. dalam perjalanan pulang.. dengan jalan jem dekat fedral highway tu.. tibe2 mood nak meletup pun jadi dalam kereta. aku duduk belakang dengan hana. aku duk membebel.. biasa lah perempuankan. xboleh dipisahkan dengan membebel. hahaha. duk aku membebel tu.. hana diam je. bila aku pandang luar tingkap..

tiba2... tanpa disangka2... hana panggil aku.. "ma...mama.. ma.. mama.." aku buat2 xlayan. lepas tu dia tarik tudung aku.. "ma..mama..ma..mama..mamama" terus cair hati aku... hahaha... aku toleh je tengok dia.. tup2 dia muncungkan mulut dia nak cium pipi aku. alololo. sweet nya dia.. lepas dapat cium pipi mamanya.. terus dia senyum dia sepetkan matanya...hahaha...

alahai anak.. pandainya awak. ayahnya pun tergelak.. hahaha.. syukur.. anak penyeri kehidupan. pandai hana pujuk mama. beria sungguh dia panggil aku.. tarik tudung aku. good job hana. =) =) sayang hana. banyak dah akal baru dia. kadang2 kelakar sangat. yelah umur2 macam dia ni lah banyak benda yang dia nak terokai. semoga hana membesar dengan sihat... =)


Monday, September 1, 2014

Kuah kari rm0.50 =)

hari ni kerja petang. sebelum masuk kerja. pergi makan dekat kedai mamak. section 20 shah alam. okey encik iwan amek nasi putih dengan kuah kari dan ayam goreng tu. aku pulak amek nasi separuh dengan ayam goreng. hana aku amek kan nasi kosong separuh je. xde apa2 pun lauk atau sayur. aku sayur dekat mama kureng cikit. xkena dengan tekak aku. tapi ayam dia memang power walaupun rm3 seketul tapi tetap the best lah.. rempah dia semua cukup rasa. pastu ambil 2 bungkus papadom

tibe2 hana xnak makan. huhuhu... agak membazir disitu. dia sibuk nak main dengan kucing. tapi aku xbagi dia main dekat2. dia duduk dalam kerusi budak je. sempat lah suap kan dia ayam goreng je. lepas tu makan papadom. dia minum air soya 1 tin. aku suruh encik iwan bungkus. sayang kalau tinggal kan macam tu je. kebetulan ayam aku xhabis sangat. sebab salah amek bahagian isi. tup2 ayah nya cakap xpe dia habiskan mintak lah tambah kuah KARI 1 SUDU SAHAJA... 1 SUDU OKEY..

dalam resit dah tulis nasi kosong hana tu rm1.20 okey aku xkisah sangat. mamak kan memang cekik darah sikit. tapi tetap suka makan dekat mamak. sebab walaupun mahal makanan best. so tibe2 lepas encik iwan mintak tambah KARI 1 SUDU TU. ada sorang ni datang dekat. betulkan dekat resit jadi RM1.70. wahhh suka hati je kan xkan amek KARI 1 SUDU ko nak tambah charge sampai rm0.50 itu melampau. ha amek kau aku terus pergi kaunter. cerita kan semua. perempuan tu cakap... saya xtahu

lagi aku hangin. tapi still kawal suara lagi. agak2 lah kau rm0.50 untuk kuah KARI 1 SUDU. hohoho. last2 pompuan dekat kaunter tu cakap dik yang mana dia charge awak tadi. aku balas lah. xpe lah kak kang saya makan xhalal pulak. akak tu tenangkan aku. adik.. akak yang kirakan. okey.. dia bagi rm1 je lepas tu. hoi mentang2 tengok aku macam sopan je mula2. tengok laki aku macam pendiam ko boleh charge ikut suka hati ko. agak2 lah kalau nak charge pun.. sampai rm0.50 untuk kuah KARI..

entah kenapa berani sangat pun xtahu.. haha. apa ingat aku ni berani sangat lah. maaf ye pekerja itu.. saya terkejut je. saya memang xpuas hati. saya adalah pengguna. xde dalam senarai harga pun untuk KUAH KARI 1 SUDU KENA RM0.50.  bukan niat nak marah dia. tapi sangat xpatut kena kan orang sampai macam tu. selau makan dekat cawangan baru dia.. xde pun kena charge. okey je kalau mintak tambah. dia ada 2 cawangan dekat section 20 ni. suka yang dekat dengan car wash tu..

p/s : ha... amek kau.. boleh buat satu entry pasal ni. hehehe.mintak2 jangan dia buat apa2.. huhuhu. aku cakap 1 sudu sebab sikit sangat dia letak. nak kata senduk xde pulak sebab xbanjir mana pun.