Sunday, August 31, 2014

Selamat hari merdeka.





selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke57 tahun MALAYSIA. walaupun hari ni public holiday. tapi kena kerja. xpe kerja pun kerja lah. yang paling best kena double shift. masuk pukul 7 pagi balik pukul 9 malam. bak kata suami masa nak hantar pagi tadi.. hantar xde matahari.. nak ambil pun xde matahari.

sekarang hana irdina dah pandai naik katil. kalau dulu.. dia pandai turun je. nak naik jenuh lah dia duk menjerit2 panggil kita suruh tolong dia naik katil tu. alahai dah besar dah dia. sekejap je masa berlalu. tup2 hujung tahun ni nak dapat adik dah. dia suka sangat baling badan dia dekat badan aku. senak perut.

sekarang ni xboleh nak tidur terlentang. nak2 lagi kalau hana tengah lasak main. kang tiba2 dia datang dia baling badan dia... aduh tu yang stress tu. sakit perut mama hana. kena tidur mengiring. kalau nak tidur terlentang pun kena tunggu dia dah tidur baru boleh. dia tu suka hati je nak buat apa.. huhuhu.




Saturday, August 30, 2014

Kita orang yang hebat.


Kadang2 dalam kehidupan. Kita xsangka dengan ujian yang mendatang. Puas kita menangis. Perit nya rasa. Rasa nak menjerit puas2. Lepaskan semua yang terbuku dihati. Kadang2 kita xsanggup nak laluinya.kita putus asa. Tapi... Sebenarnya kita lah insan yang hebat yang kuat.sebab tu kita terpilih untuk menghadapi semua ujian ni. 

Kadang2 kita sangka kehidupan kita yang paling teruk. Tapi kita lupa. Kita kecewa. Sebab apa. Kita sibuk nak bandingkan kehidupan kita dengan orang yang diatas kita. Sedangkan orang yang dibawah kita lagi teruk penderitaan yang terpaksa dilalui. Jadi bangun lah. Siapa kita yang dulu bukan cerita nya. Itu bukan penyebabnya.

Xperlu nak tonjolkan. Cukuplah keberkatan yang kita dapat untuk teruskan kehidupan. Tawakal.. Berdoa. Ubah kehidupan. Fikir positif. Ini semua mungkin kifarah dosa2 yang lalu. Kita bukan manusia yang sempurna. Kita xlayak nak adili seseorang. Kita sendiri xtahu kehidupan kita macam mana. Biarkan apa orang nak kata. Mereka belum tentu kuat seperti kita untuk merasai setiap detik saat yang kita lalui.

Bukan kita nak kata kita hebat. Tapi kita kena hebat.  Sebab kita kena kuat. Biar pura2 hebat. biar kita saiko. Kalau kita lemah. Kita akan terduduk dengan longlainya. jangan pernah sesekali mengalah. Kehidupan kita.. Kita yang tentukan. Biar orang nak kata apa. Mereka hanya tahu berkata2. Hakikatnya. Kita yang rasa. masa lalu biarkan jadi kenangan. Tersimpan jauh disudut hati. pandang kedepan cari jalan peyelesaian. Gembira lag hati. Senyum... =)


Saturday, August 23, 2014

Penghibur hati didunia...


alhamdulillah kandungan dah masuk 5 bulan. semoga dia selamat lahir. insyaallah kalau dia dah memang ditakdirkan untuk lahir kedunia.. walauapapun tetap akan lahir. semua Allah dah tentukan. sebenarnya masa doctor bagitau gender anak lelaki aku happy sangat. happy xterkata. syukur walaupun jarak kehamilan hanya 1 tahun Allah kurniakan sepasanag anak. jujur aku cakap. sebenarnya kalau nak difikir2kan balik... takut sebenarnya nak bersalin lagi. sakit nya Allah je yang tahu. bertarung nyawa.. teran. tahan sakit contraction lagi. mmmmm hebat nya kita mampu tahan dengan sabar.

tahun lepas... lepas je bersalinkan hana. memang nak jarak sebab ngeri sangat bila nak bersalin tu. tapi dah rezeki. nak buat macam mana. setiap anak ada rezeki nya kan. best sangat sebab anak num 2 ni anak lelaki. excited terlebih. macam mana lah ragam nya. macam kakak nya masa dalam pantang memang kuat sangat menyusu badan. masa baby senang nak jaga dia. tapi sekarang ni... ha... penat nak kawal. nak2 lepas dapat berjalan sendiri. pantang letak.. xsempat nak kejar. lagi kejar lagi dia happy nak main2 dengan kita. tapi seronok layan kerenah anak. =) penghibur dikala tension...

nak2 kalau tengok dia bergurau senda dengan ayah dia. ketawa terbahak2. bukan main lagi ye hana. nanti dah ada adik jaga adik baik2 ye. jangan buli adik. kakak kan anak yang solehah. mama sayang sangat dekat hana. sekarang ni adik dia dah aktif jugak. berbeza dengan kakak. kakak dalam perut xaktif sangat.adik nya lasak jugak. anak lelaki kan. lepas tu nafsu makan aku memang bertambah2. asyik lapar je. siang malam adik hana ni bergerak2. xpe adik.. selagi adik sihat.. mama xkisah. mama happy =) adik nanti jaga kakak baik2 tau. kakak tu garang sikit. nanti main sama2 dengan kakak ye =)

p/s : nama dah ada. tapi ayah selalu xnak nama yang mama pilih. huhu. =( =(

Saturday, August 16, 2014

Hari raya 2014





dah 20 syawal dah. xlambat lagi rasanya nak ucapkan selamat hari raya kan. alhamdulillah tahun ni raya kena kerja time raya. walaupun kena kerja.. tapi still lagi boleh pergi raya. hari ahad malam tu aku kena kerja malam. first night.. so dengar takbir dekat tempat kerja je lah. sedih xpayah nak cakap. tapi disebabkan kerja dah shift kerja hospital pulak.. apa boleh buat... kena ikut turn. kena adil. baru saksama.

pagi2 lepas balik dari kerja.. terus iron baju raya. kemas rumah cikit2. basuh kain baju. dalam pukul 10 pagi baru gerak ke ampang. rumah mak mertua. yang best nya. rumah nenek husband pun dekat KL.. rumah nenek2 sedara pun area KL.. so xde lah sedih sangat pun. sebab still lagi dapat beraya. dapat kenyangkan perut dipagi raya.. tu pun dah kira nikmat dunia tu. huhu. rezeki masing2 kan. mana sama..

sebelah mak mertua asal singapura. so makanan lain cikit lah. xpe kita belajar. kenal satu sama lain. kalau xjalan2 mana nak kenal sedara. so sekarang dah kenal. huhu. kalau selalu nya. pagi2 makan ketupat rendang. kuah kacang. rendang ayam. dan macam2 lagi. tapi masa pergi beraya belah husband makan lontong. nasi impit buat dalam daun pisang. sedap wangi je nak makan. bertambah aku makan.



lepas tu ada jugak kuah kacang. pastu ada paru sambal. wahhh.. happy perut. happy anak. sebab mama memang mengidam sangat nak makan paru. alhamdulillah Allah permudahkan. rezeki ibu mengandung. memang sungguh2 aku makan. memang amek lontong ngan paru je. hihi. masa first raya xde lah nak beraya sangat. tapi dapat jugak beraya 3 rumah. sebab malam nya nak sambung kerja. second night.

rasa kedua sambung beraya. pergi rumah makcik sedara husband. first time makan nasi jagung lauk nya ayam masak merah. dah lah lapar. ye lah baru habis shift malam kan. mana sarapan lagi. lantak nak cakap apa.. memang aku makan sungguh2. haha. ibu mengandungkan. lapar lain macam sikit. bertambah2 aku makan. dah tuan rumah suruh makan. haha. terima kasih makcik. sedap sangat nasi tu.

lepas tu gerak pergi rumah nenek dia. first time makan rendang kuda. pelik tapi kita try je . nak telan memang xlalu. sebab benda xbiasa makan kan. tapi okey lah rasa dia manis. makan dan makan. kenyang. sendat perut aku. lama jugak lepak situ. dalam pukul 5 baru gerak pergi rumah makcik dia yang lain. alhamdulillah dah kenal sedara mara belah mak mertua. boleh dah pergi raya lepas2 ni.. =) eh bukan raya je.

tahun pertama kawin raya belah sabak. ikut husband jugak. kenal sebelah ayah dia. tahun kedua raya sebelah aku. tahun ketiga sebelah mak dia pulak. syukur. hari raya ke 5 baru start cuti raya. lepas tu raya ke empat kot. lupa lah.. baru adik beradik aku berkumpul. memang best sangat. sebab semua ada. alhamdulillah.. apa yang mengidam semua dapat time raya... syukur sangat2. senyum sampai telinga.


gambar aku ngan husband xde. sebab aku mengantuk. sementara nak tunggu zohor.. aku tidur kejap dekat rumah mak mertua. mengantuk dik oii. kerja malam memang kelaut sikit.. huhu. so post gambar anak je lah. yang baju oren tu family abang yang sulung. yang baju merah tu family abang num 2. yang pakai jubah tu abang num 3. pakai baju merah adik num 5. kiri kanan tu adik num 6 dan 7. gambar mak abah dan gambar opah aku. mak kepada mak aku. tahun ni mak beraya dekat pahang. dan abang2 semua sebelah mertua. so tahun depan raya paling best. sebab semua raya pertama raya rumah mak. yahooo.. xsabar nak tunggu tahun depan. mesti best malam raya. sebab tu saya pilih tahun ni kerja time raya.. haha. otak kena ligat cikit. eh xde lah kebetulan.. =) =)

lagi pun tahun depan anak dah 2. kesian pulak nak tinggal baby dengan ayah. xpe turn kerja lagi 2 atau 3 tahun. xkisah dah. kerja je. xpe mak mertua dekat ampang je. nenek husband pun dekat KL. kalau kena kerja raya raya dekat sana. still lagi mood raya on. alhamudulillah rezeki Allah. dapat kawin dengan orang dekat. xpayah nak pening nak bertolak balik kampung pukul berapa. malam raya pun steady lagi nak gerak balik kampung. =) =) syukur =) ketemu lagi kalau umur masih panjang untuk sama2 menyambut hari raya aidilfitri. =) =) salam kemaafan dari saya yang serba kekurangan ini. =)

kesimpulan nya... raya tahun ni.. memang happy enjoy dan terhibur. dapat mengeratkan silaturahim. kenal satu sama lain. dapat makan yang best2. kenyang perut xhingat dunia. memang belasah je makan. mata macam panda sebab kerja malam pastu beraya pastu kerja malam esok raya lagi. xcukup tidur. tapi tetap seronok. semoga tahun depan dan tahun seterusnya tetap best. semoga hari raya dapat memberikan kemaafan setulus hati. bukan sekadar lahir di bibir mulut je. keikhlasan tu akan terpancar jelas kalau ianya betul2 ikhlas. jangan depan lain.. belakang lain.. hihihi. bahaya tu adik2.. =) =)


p/s : susah senang... adik beradik tetap bersama.. tetap ada untuk kita... =) terima kasih kepada semua. family tetap nombor 1. =) =)

Monday, August 11, 2014

Happy birthday sayang ku



Selamat menyambut hari kelahiran yang ke 25 tahun sayang. Semoga dengan pertambahan umur mu Allah memberikan rezeki yang penuh keberkatan untuk kita sekeluarga. Semoga sentiasa sihat sejahtera. Bahagia selalu dan ceria sentiasa. sayang awak. Dari tahun 2006 lagi. Allah dah tentukan (",)

Tahun 2014 yang penuh dengan kesederhanana. Xpe ujian dari Allah.. Mana mungkin kita menidak kan. Sebab Dia tahu saya kuat nak hadapi nya. Sebab tu saya layak dapat ujian macam ni (",) hidup perlu berjalan seperti biasa. Pekak kan telinga. Kental kan hati.

P/s : masa lalu bukan siapa2 untuk kita mengadili orang lain. :)