Sunday, October 30, 2011

Wow..seram nya!!



KUALA LUMPUR: Seramai 16.2 juta atau 60 peratus rakyat di negara ini dikesan mengalami masalah kegemukan seawal usia kanak-kanak lagi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 8.1 juta penduduk atau 30 peratus mengalami masalah berat badan, manakala 30 peratus lagi mengalami masalah kegemukan berlebihan (obesiti).

Katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di sini, Masalah berat badan dan obesiti ini menyebabkan penyakit kronik yang tidak berjangkit seperti jantung, darah tinggi, barah buah pinggang dan diabetes. Penyakit ini boleh dielak dan dicegah dari semasa ke semasa tetapi kita dapati trend penyakit ini semakin meningkat.

Masalah ini disebabkan gaya hidup rakyat di negara ini dan kita tiada pilihan, melainkan perlu mengadakan pelbagai kempen dan program kesedaran bagi membolehkan rakyat mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk mengelak penyakit kronik berkenaan.



credit to: klik sini..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



wow..seram nya.. takut nya... xnak gemuk.. xnak gemuk.. sebelum penyakit2 kronik menjelma.. langkah awal.. jaga lah berat badan kan. supaya sistem badan kita akan berjalan dengan lancar dan sihat. apabila badan kita sihat.. kita nak buat apa pun okey dan seronok. 






-
-
-
-
-
-

anak dara kena jaga badan dari muda.. dah kawin pun lagi kena jaga badan sentiasa.. ramping.. cantik.. serta sihat... =) miliki sekali seumur hidup.. =) kualiti dijamin.. =) harga berpatutan.. =) sangat2 berbaloi2.. =) kepada yang dah berkahwin.. abang lagi bertambah sayang... =) 
-
-
-
-
 info lanjut... boleh send kan ke email saya... yuyu628289@yahoo.com =) 



KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA...




Saturday, October 29, 2011

Kecewa.. sedih.. sakit hati.

kasut lama sudah koyak... serious aku kecewa sangat2. baru pakai sebulan dah koyak. apa lah aku ni.. masuk kali ni.. dah 3 pasang aku beli kasut. kerja baru setahun. huhu.. orang lain boleh pakai lama2 kan.. alah kasut pun beli berapa ringgit je. huhu.. so paham2 lah kan.. disebab kan harga yang macam tu.. berbaloi2 lah pakai sekejep dan cepat jahanam. tapi aku je yang cepat jahanam.. orang lain boleh je pakai lama2. haha... nak buat macam mana... kesopanan dan kesusilaan dalam diri aku jarang2 sekali nak wujud. penat dah cuba. seminggu je boleh tahan.. lama2.. lupa diri..haha..

26.10.2011... ajak leha pergi pkns nak beli kasut kerja baru..sebab kasut kerja lama dah teruk sangat2. huhu.. dah macam mulut buaya yang sangat2 lapar.. nak pakai kasut kerja yang lama.. licin pulak. bahaya. so memang kena beli yang baru kan.. so nekad lah beli kasut baru.. huhu.. nekad okey.. kerja macam aku ni..kena pakai kasut yang selesa2..sebab nak berjalan sana sini kan.. so kena lah manja2 kan kaki dengan kasut yang lembut dan selesa.. baru best nak kerja... =)

cari2 sekali berkenan dengan satu kasut ni.. aku suka beli kasut "dekat satu tempat ni" .. sebab agak selesa lah... nak beli jenama lain..mahal pulak..huhu... tunggu aku kaya aku beli kasut kerja harga rm300 keatas.. baru best nak kerja... nak jalan sana sini... huhu.. buat masa sekarang ni cukup lah beli harga yang berpatutan. tapi aku ni semua kasut jangka hayat nya paling lama 4 bulan..lepas tu.. jahanam.. hehe.. kesian aku.. kesian... asyik2 nak kena beli kasut kerja je =) kang2 aku nak beli kasut yang mahal..haha..

beli2 malam tu macam saiz 8 muat je.. aku lupa sangat2 kasut "dekat satu tempat ni" punya kasut.. aku kena pakai saiz 7. cutting kasut dia lain2 kan. lupa sangat okey. gajah kan saiz kaki aku..huhu. dulu 3 tahun belajar dekat kolej. kan kena pakai uniform.. memang dari tadika sampai tua lah pakai uniform.. tapi aku suka sebab xpayah nak pening2 kepala nak fikir nak pakai baju apa kan.. huhu. disebab kan pakai uniform so.. dapat lah pakej sekali kasut..tapi xfree mana lah.. masuk dalam yuran jugak lah kan.

so dengan sangat2 nak cepat.. aku pun claim lah hours kan...balik pukul 8 malam.. sebab pkns tutup pukul 9 malam. sangat2 kelam kabut aku. penat..sia2. huhu.. dah takdir nak buat macam mana kan.. aku pergi2..sekali mendapat LAYANAN KURANG MEMUAS KAN. dah lah penat!! lepas tu macam apa tah service nya kan.. sedih aku.. ikutkan hati nak je sound tapi aku sabar je kan. sabar je kan. yes aku baik. sebab dapat menyabarkan diri...!!!!!

xpe lah kan... nak buat macam mana. aku terima. so pakai je lah kasut longgar2 ni. xpe lah kak oi..!! saya beli  penyumbat kasut supaya kasut saya xlonggar.. sekali aku sepak orang mau terpelanting kasut aku.. haha.. xpe lah..sesuai dengan harga nya yang rm59.90 dengan layanan yang diberikan.. sekian terima kasih.

perasaan pada pukul 8.45 malam.. pada tarikh 28.10.2011 : sangat2 marah2.. sangat2 kecewa. mula2 dia cakap boleh tukar..dia cek2.. lepas tu aku yang tengah duduk ni..sebab kepenatan. sambil lalu.. dia cakap xde saiz 7. siot je kan. huhu.... memang time tu lagi 99% aku nak marah. tapi aku sabar. sebab itu bukan tempat aku. aku ingat.. aku dekat mana. dekat tempat umum.. beli pun kasut harga rm59.90 so layanan memang macam tu.. lain lah kau beli kasut harga rm599 kan.. huhu. sila paham ye semua!

lepas keluar dari kedai tersebut... jantung aku sangat pantas bedegup.. tangan mengelatar.. muka merah tahan marah..malu. sangat2 kecewa. aku xreti nak bersabar. tapi kali ni aku berjaya.. kecewa.. serius... sangat2. aku dah xnak beli dekat situ. kecewa sangat2. xpe lah kan... dah nama pun harga kasut rm59.90. murah je.. bukan rm599 kan.. huhu.. sekian..terima kasih.

kenapa aku marah ek? sebab layanan sangat tidak memuas kan. huhuhuhuhu... aku bukan raja..xmintak pun special layanan.. tapi aku adalah pelanggan. patut dihargai. walaupun kasut aku harga cuma rm59.90 kan. tau xde saiz.. tapi at least datang lah dekat aku.. cakap baik. bukan cakap ambil lalu kan.kan.kan. =) sebab tu aku marah..kecewa.. sedih.. sakit hati. dan sangat2 xnak pergi dah kedai tu. =) terima kasih atas layanan anda semua =)







Thursday, October 27, 2011

Esok... oh no..!!

meriah kawasan rumah aku.. tetiba feeling nak raya haji datang. =) tapi raya haji kena kerja. xpe lah kan. raya aidilfitri dah dapat.. bagi peluang dekat kawan2 yang xdapat raya time raya aidilfitri. selamat hari raya semua. =)

seperti biasa time public holiday kerja. wow.. pagi2 memang relax boleh borak2 dan makan. dan tenang. tapi dah masuk tengah hari.. doctor mengamuk..huhu... wow...!! discharge pada tengah hari. =) xpe2 kan teamwork. jom lah kite settle kan sama2. hari ni kerja dengan mood totally out. xtau kenapa.

kerja..kerja dan terus bekerja sampai kan xsedar dah nak pukul 2 petang. hari ni duty kerja pagi... shift pagi.. balik pukul 2 petang. balik2 terus lepak2 atas katil...katil panggil suruh tidur.. huhu.. tidur lah engkau dengan memakai baju uniform kerja..dan beg kerja yang berada disebelah bantal kau.

sedar2 jam dah menunjuk kan pukul 6 petang!! wah pantas...!! kalau dah bangun pun time cam gitu.. confirm mengelabah kan. eh2.. dah pukul berapa.. eh.. aku kat mana..eh.. berapa banyak punya eh pun aku xtau... biasa lah mamai kan. nasib baik.. xcapai tudung.. terus g kerja balik kan.. kwang3..

emm.. apa nak buat ni ek.. tadi dah tidur.. harus malam ni aku xboleh tidur sebab dah tidur siang tadi kan.. esok nak kerja macam mane kan?? hehe mengantuk lah kau cik ayu. nasib baik esok duty prepare je dekat outpatient..... bohsan aku... nak balik cepat2 boleh x? minggu ni mood nak kerja out. sekian.

-
-
-
-
-

saya rindu awak sangat2 encik iwan. xtau kenapa.. tetiba terfikir awak. terfikir semua yang awak dah buat untuk buat saya tersenyum.. gembira...ketawa.. senang.. dan sihat macam sekarang.... terima kasih awak. saya sayang awak. semoga kita akan tetap bersama....(jiwang terlebih nampak..haha) usaha awak saya sangat hargai. tetap bersabar... =) hehe =) nite semua =)



Thursday, October 20, 2011

Aku suka..hehe =)

pagi2 sebelum pergi kerja harus... wajib...aku ambil pill itu.... kalau xsempat pun... aku akan bawak letak dalam beg. senang je.. capai dan terus sumbat dalam beg kerja. bukan susah pun.. sampai2 tempat kerja terus ambil pill itu... selalu nya kalau kerja pagi.. memang xsempat memanjang... bangun kul 5.55 pagi pun still terkejar2 jugak nak punch card.. walaupun jarak rumah dengan tempat kerja 5-10 minit je (begantung dengan kadar kelajuan dan panjang nya kaki anda) kalau jalan kaki. nek moto bawak laju... 3 minit dah sampai..huhu.. tetap aku macam tu.. kelam kabut kalau shift pukul 7.  

tapi jangan risau2... itu semua xmenjadi masalah bagi aku.. aku tetapi setia mengambil nya setiap hari... dan membuat kan aku bertenaga untuk berkerja.. aku suka.. i likee.. =) nak2 lagi kerja yang macam aku.. asyik berjalan sana sini nak prepare ubat..huhu.. penat tau.. ingat duduk je ke kerja dekat pharmacy tu.. eh mane ade... penat tau. nak2 lagi kalau duduk dekat outpatient yang patient tu ade panyakit darah tinggi.. kencing manis.. ha macam2 lah dia ade.. nak2 pulak.. doctor prescribe ubat tu banyak.. tulis ubat2 dekat prescription tu halus2.. mak ai.. sila redha.. huhu.. ha prepare lah kau sorang2 ye. 

lepas tu kalau 7..8..9 orang pun ade banyak penyakit.. ubat sekali amek sampai 10..11..12.. jenis ubat..ha.. lepas tu.. doctor prescribe untuk 2 bulan..xke penat kau.. tapi kan keje.. kena lah buat..mane ade nak merungut2.. aku tetap buat. =) sebab diaorang lah gaji aku masuk tiap2 bulan.. huhu...  terima kasih semua.. sayang semua =) emm.. kalau duduk dekat discharge pulak.. yang duty dia send discharge dekat ward. dah lah kena hantar discharge...lepas tu..kalau dah hantar balik pharmacy.. ade lagi patient yang discharge..ha.. xkan kau nak duduk tengok je kawan ko tu buat terkontang kanting. mesti kena tolong kan. kan teamwork =) 

kalau duduk dekat inpatient pun penat jugak.. mana ade duduk2.. mane ade... kalau ramai yang new admission.. ha.. tekeja sana sini nak prepare ubat. mana ade duduk2 je dekat pharmacy tu.. penat tau.. badan penat seiring dengan otak yang penat. lagi penat kalau ubat yang doctor prescribe tu kita xde stok.. dah kena settle.. penat tau otak ni.. seimbang lah kire penat kau tu. kalau dispense lagi penat lah.. nak2 lagi hari sabtu.. patient dah lah ramai. mana boleh duduk. berdiri je. shift kau 7 jam..7 jam lah berdiri..huhu.nak duduk pun kena lari2 kejap. kena dispense ubat yang item cikit2. item yang banyak2..banyak2.. tapi tetap buat..sebab itu punca rezeki kan. =) 

so.. untuk mengelak kan kepenatan ni..setiap hari sebelum start kerja.. aku akan pastikan.. sebelum aku sarapan.. aku akan ambil pill maharani.. =) perbezaan yang sangat nyata dan ketara.. aku xrasa penat.. aku xrase letih... selalu jugak buat double.. walaupun double aku xdapat duit.. just dapat hours untuk claims cuti.. tapi aku tetap bersemangat nak buat.. sebab kang aku penat2 keje... kang aku cuti seminggu.. ha.. seronok hidup aku. balik kampung leh spend time lama dengan mak..abah..n adik2. =) tapi2 buat double pun xrase penat okey..terima kasih pill maharani.. =) 


tengok2.. senang kan nak sumbat dalam handbag.. xtipu punya.. kalau xsempat nak makan dekat rumah.. bawak je dalam beg.. kecik dan mudah untuk dibawak kemana2 =) aku suka...=) 

disamping pengambilan pill maharani yang konsisten.. aku akan pastikan..setiap malam lactolite menjadi penutup segala makanan sebelum masuk tidur.. dan hasil nya esok pagi pasti lega.. =) aku suka..perut sentiasa kempis.. dan ramping.. eh2 sejak bertunang ni berat aku naik 3 kg tau. ha.. xtakut ker?? risau aku.. so.. jom lah kita kembalikan berat yang asal.. seram kau.. kalau berat dah 60kg...seram2.. no2.. aku xnak =) go2 ayu... =) lactolite yang sangat2 senang jugak nak bawak pergi mana2. kalau kerja malam ker.. bawak je sepeket.. kompem punya. harus aku amek. =) 





tengok2... betol..xtipu...memang senang nak bawak g mana2.. =) walaupun ianya kecik tapi sangat bermanfaat untuk kurus dan usus =) sangat2 puas hati dengan hasil nya.. pengambilan yang konsisten hasil pasti memuaskan..pasti =) 



Super heroin..huhu

pening nya kepala..huhu.. done double duty for today. =) penat sangat2 badan... penat sangat2 kepala... penat sangat2 semua. huhu.. boleh x nak cuti.. nak tenang kan fikiran.. huhuhu... YA ALLAH kuat kan lah semangat aku ni... aku tau aku kuat...aku tau... aku kuat.. tenangkan lah hati aku ni. =)


Tuesday, October 18, 2011

Hujan itu rahmat.

hujan... lebat....  turun membasahi shah alam. aku mencapai payung aku.. lalu menuruni anak2 tangga dengan hati2. aku toleh jam di ruang tamu.. emm awal lagi.. tapi disebab kan hujan.. tak pe lah aku kena cepat... sebab kalau hujan lebat kebiasaan nya aku akan jalan kaki.. melainkan hujan renyai2.. akan aku redah menaiki moto ego LC warna merah itu. teman setia aku dikala aku mahu pergi dan balik kerja.

aku berjalan dengan penuh hati2.. setiba nya dipersimpangan aku terpandang sebuah motor.. motor pekerja mcd.. untuk service delivery.. untuk pelanggan2 nya. begitu teguh jiwa pemuda itu meredah hujan yang agak lebat.. begitu bertanggungjawab nya pemuda itu..  walaupun hujan.. demi pelanggn2 ... dia redha.. mempertaruhkan kesihatan dia.. aku kagum.. semoga ALLAH melindungi dia. terasa bertuah aku berkerja di tempat yang berhawa dingin.

payung yang besar..huhu..rm19.90 beli dekat cosway..aku suka payung ni =)

aku meneruskan perjalanan dengan hati2. syukur.. kenderaan semua nya seakan memahami.. aku adalah pejalan kaki.. dan mereka perlu memandu dengan hati2 jua supaya percikan air xterkena kepada aku. aku bersyukur.. dalam kelebatan hujan itu aku selamat sampai di hospital. aku menuruni anak2 tangga menuju ke puch card yang terletak di basement. syukur selamat.  sesudah punch card.. aku menekan button lift. malas aku nak menaiki tangga.

aku terus kan kerja seperti biasa. sebelum kerja harus lah melihat duty...dimana duty kau hari tu.. aku dengan perasaan yakin. terus ke inpatient. aku betol menyangka kan duty aku dekat inpatient.. tetapi salah tanggapan aku. huhu. discharge rupa nya. syukur.. huhu.. bekerja petang di inpatient tak lah seronok sangat.. sebab kebanyakan new admission adalah petang isnin. tapi kalau dah duty dekat situ..aku tetap melakukan seperti biasa. discharge petang isnin ini.. cuma 6 orang je. seronok rasa nya..huhu


jom makan yogurt.. menu untuk dinner dan ditambah dengan segelas air putih =) kenyang... berat badan aku kena jaga... lagi beberapa bulan je lagi nak bulan 6 ni..huhu. takut okey.  nak cari yang 0% fat.. dekat kedai sini2 tak de.. semua yang ada low fat je.tak pe lah.. yang penting ada kan. beli banyak2 simpan dalam peti ais..buat stok untuk dinner. =) aku suka makan yogurt.. =) suka sangat2 =) 

Sunday, October 16, 2011

Over time.

6.20 pagi....!! YA ALLAH... masuk kerja pukul 7 pagi.... aku lambat!! itu yang mampu aku ungkap kan... dalam kekalutan... ku bergegas ke bilik air untuk menunaikan solat subuh aku. selesai solat..aku mencapai tuala biru aku lalu terus menuju ke bilik air. emmm... mood... sila lah datang kedalam hidup saat ini.. zapp...!! dengan pantas... aku kena cepat. cepat dan cepat.

jam menunjuk kan pukul 6.45 pagi.. kosert.. harus aku pakai.. badan perlu dijaga... takut baju untuk hari bahagia akan kelihatan kurang menarik. huhu. setiap hari kosert premium beautiful akan aku pastikan aku memakainya.. banyak manfaat dari pemakaian nya.. salah satu... senguggut tiada lagi dalam hidup ku. syukur..bagi aku...

sebagai seorang perempuan harus lah kita menitik berat kan soal kesihatan tubuh badan.. bagi ku mencegah lebih bari dari merawat. kini aku boleh melaku kan pekerjaan seharian aku dengan lebih bertenaga. cara penjagaan juga tidak lah rumit.. kerana kosert pilihan hati aku ini... anti-bau. sangat-sangat senang... rasa bertuah kerana memiliki nya.. premium beautiful kau lah dihati ku selama nya.

vrommmm... emm.. 7.01 pagi aku punch card... redha.. itu lah yang harus aku terima. dalam hati aku berbisik. aduh... penat je aku mengelabah tadi. huhu. sampai sahaja aku meletak kan beg laptop aku kemas dipenjuru almari. aku meneliti keadaan sekeliling. student dah datang.. kak aira rakan sekerja juga sudah datang. aku membuka dengan hati-hati beg laptop aku meraba2 di mana beg berisi alatan make up yang xseberapa.huhu

oleh kerana hari ni adalah dispense 1 dan semalam tak cukup tidur maka.. harus lah aku memakai eye liner untuk menutup sembap dimata aku. eye liner cosway menjadi pilihan hati ku kini.. senang.. cepat kering.. dan bermata halus. selesai mengenakan apa yang patut.. aku bergegas keluar menuju ke pharmacy. aku.. kak aira.. eh siapa lagi duty pagi. oh mak od.. mc.. semput.

keadaan sekeliling tenang... perut berbunyi mintak diisi.. nasi lemak menjadi pilihan aku. kenyang.. jom lah memulakan kerja dengan lafaz bismillah. memohon agar perjalan hari ini sentiasa lancar. alhamdulillah... keadaan dapat dikawal. terasa perit anak tekak aku.. barangkali kerana memanggil nama-nama patient . alhamdulillah hampir semua patient okey.. jadi aktiviti men dispense berjalan dengan lancar.

syukur..dalam aku kepenatan.. kak shikin.. ingin sambung OT (over time) aku.. syukur YA ALLAH.. kau permudah kan urusan aku. tepat jam 4.30 petang aku terus menuju ke punch card. setiba nya aku di rumah... dengan pantas.. aku menukar pakaian kerja aku dengan pakaian biasa.. masa untuk tidur.. sangat penat..sangat. hampir sejam aku terlelap..

kebiasaan mood apabila bangun dari tidur petang memang agak huru hara.. serba tak kena. huhu. walaupun aku masih dalam keadaan yang separuh sedar.. aku gagah kan jua diri aku untuk terus melawan nafsu tidur waktu petang.. aku berjaya. lama aku termemung mencari identiti diri..huhu. akhir nya aku berada di dunia yang nyata. aku lah norhidayu.. kepala aku agak berat.. sakit berdenyut2.





Saturday, October 15, 2011

Harum breeze colour =)

selepas selesai solat subuh.. aku tidak terus menarik bantal.. aku melangkah kan kaki mencapai baju2 uniform. 3 pasang semua nya..!! aku iron kesemua dengan penuh kelembutan... terasa kelembutan hasil penggunaan downy antibac fabric softener  kegemaran aku. begitu senang kerja ku.. tidak perlu aku menggunakan tenaga berlebihan untuk menyelesaikan baju2 aku. harum meyusuk lubang hidung ku takala aku mengosak kedutan2 halus itu . ditambah dengan udara nyaman di hari jumaat.. sungguh tenang dan sempura ciptaan NYA.

selasai mengosok.. aku halakan baldi ke paip air... aku tadah sehingga aku rasakan air itu mampu merendamkan baju2 kotor aku. aku cedok sedikit sabun breeze colour dan ku tuangkan kedalam baju yang telah aku rendam dengan air sebentar tadi. harum!! aku suka sabun breeze colour...sungguh harum...!! ku biar kan semua itu berendam semantara menuggu leha mandi.. ah mata...!! pantang tengok katil... mesti mengantuk.stress aku!! ku capai nset yang berada disisi ku.. set.. bangun pukul 11 pagi.. niat dihati nak membasuh baju2...



hampa... apa lah susah sangat mata ni nak bukak.. aku tewas... pukul 12 tengah hari baru aku tersedar. dalam mamai2 aku gagah kan jua diri aku untuk terus bangun. aduh!! penat nya.!! itu lah penangan terlebih tidur. ku picit kepala ku.. pening. lalu aku mencapai tuala dengan langkah yang longlai.. aku meuju bilik air. emm.. baju2.. kenapa kau xbasuh diri sendiri. diri masih lagi tidak berpijak dibumi yang nyata... aku cuba melawan.. aku berjaya.. lalu ku ambil sehelai demi sehelai baju itu aku berus. berus dan terus kan meberus.. selesai. bagus. ku bilas. siap.

owh.. aku kena cepat siap.. kak mas pesan barang cosway. lalu aku dengan pantas melakukan semua kerja. takut lambat untuk punch card. 1 minute pun akan diberi surat..kenapa lambat? bosan nak menjawap. aku nekad megubah perangai. jika dulu.. kalau bersiap... memang lama.. padahal.. aku tetap aku..huhu. sekarang... dimula kan dengan bismilah.. tanpa aku melihat jam... wah syabas.. aku siap. dengan hati2 aku turun setiap anak tangga... jangan mengelabah nanti tulang belakang jadi mangsa.

dengan kadar yang pantas.. aku menghidupkan engine scooter LC ku. jimat beli motor.. hanya digunakan untuk pergi dan balik kerja.. minyak sebulan ku peruntukan hanya rm10. jarak antara rumah dengan tempat kerja 5 minit sahaja.. tapi malas aku nak berjalan. lagi pun kerja aku shift. foreigner pula.. sana sini. demi keselamatan.. aku beli motor. selepas engine scooter merah ku hidup.. apa lagi mahu ditunggu... jalan..... huhu. lembap sungguh kereta didepan ku... emm. ku mengekori dengan cermat..

alamak lagi 10 minute nak  pukul 2 petang!! ting tong.. habis aku. nasib baik kakak kedai tu paham dengan gelagat aku yang agak gelabah.. huhu.. dengan pantas kakak tu menbuat kerja. done.. sekali lagi masa untuk... yahooo... kita bawak macam nak ajak orang berlumba. sila jangan tiru gaya aku. sayangi lah nyawa demi orang yang tersayang. dengan pantas aku mengunci scooter ku.. biar apa orang nak cakap.. janji aku kunci motor aku. insyaallah akan lebih selamat. kita kena sentiasa berhati2. kejahatan didunia semakin membimbangkan.

aku terus berlari.. menuju kearah punch card.. wow!! 13.52 petang... aku berjaya.. owh!! aku terlupa.. jam di tangan ku sengaja aku cepat kan 10 minute... tersemyum aku sendiri. rezeki aku barang kali.. sampai sahaja.. ada orang bagi nasi.. wow...rezeki jagan ditolak. ditambah pula dengan perut ku yang berkeroncong mendendang kan lagu nostagial dahulu kala. alhamdulillah... kenyang. terima kasih YA ALLAH. pekara biasa mencari rooster.. kerja di mana hari ini.. huhu... great. dekat inpatient bergandingan dengan roomate aku saliha.

owh hari ni ade sesi fotografi.. ah lupa pula aku nak bawak blusher..eye liner dan maskara. huhu. tak pe lah.. aku keluarkan bedak miyami untuk menambah sedikit yang mana sudah hilang dek kerana cahaya panas matahari. ku oles kan sedikit lip gloss. siap. jom kita bergambar. yeah.. tak lama lagi..punch aku akan ade gambar. dimana yang lama hanya lah laminate sahaja. huhu. syukur. selesai sahaja... aku perlu turun segera.. prescription inpatient menanti aku.

hari ni merupakan hari yang agak busy untuk inpatient. syukur ada student yang membantu. tak terasa langsung waktu bekerja hari ni.. 9 malam.!! yahoo.. masa untuk aku pulang. damn!! kasut kerja aku rosak. emm nasib badan.. setahun bekerja.. masuk ni kasut yang ke 3. semoga kasut ni akan terus berbakti kepada aku sehingga cukup bulan. akan ku ganti yang baru. bersabar lah wahai kasut. aku sangat sayang kan kau... mengertilah jeritan batin aku ni. ikhlas ku tujukan kepada mu wahai kasut. terasa selesa memakai mu.

esok kerja double.. dispense 1.. sabtu adalah hari busy bagi kpj selangor, shah alam. kami di bahagian pharmacy sudah mengerti akan fenomena itu. redha... itu lah tanggungjawab... diberi gaji untuk melaksanakan tanggungjawab. harus aku jujur dan ikhlas. semua itu adalah tanggungjawab dimana diakhir bulan aku akan dibayar gaji setimpal dengan kelulusan ku.. syukur... maka harus aku berkerja dengan sungguh2.. takut kerana ia nya akan menjadi darah daging aku. dibayar gaji untuk bekerja sekian2.. akan aku laksana kan. itu lah perjanjian yang telah aku tandatangan semasa perlantikan aku sebagai pharmacy assistant.




Friday, October 14, 2011

Downy antibac

hari off day... lepas solat subuh baru aku tidur dengan gembira nya.. tanpa aku sedari langit sudah bertukar warna.. dari gelap kelihatan biru yang nan indah disinari cahaya matahari.. tet..tet....!! kedengaran nset ku berbunyi.. massage masuk.. aku bace... dalam mamai2.. aku cube teliti setiap ayat yang terpapar di skrin. lama aku mengamati... owh!! kak z nak tukar duty 18.10.2011... kalau dengan kak z aku jarang menolak.. kesian barangkali... ibu tunggal.. anak2 masih perlukan perhatian dia. tempat bergantung harap setelah kematian ayah.

ku toleh kiri..ku toleh kanan... damn!! sudah pukul 2 petang. yang ku mahu kan terjaga pukul 11 pagi... apa kan daya.. kalau sudah tidur nya pagi.. mana mungkin boleh terjaga seawal 11 pagi.. tanpa melengah2 kan masa.. aku bingkas bangun terus ke bilik air.. membuka paip untuk mengambil air sembahyang. alhamdulillah selesai sudah solat... aduh!! mata...!! tilam empuk!! huhu.. aku gagal melawan.. akhir nya terlena aku dibuai mimpi yang seram2!! dalam kebingungan.. ku meraba2 di sisi ku mencari nset.. 5.30 petang.. pantas ku capai tuala membersih kan diri..

tuala kenapa kau sangat tebal... sangat penat aku mahu membersihkanmu.. cadar.. kenapa kau sangat panjang... kebas jari jemari ku mahu memerah mu. selesai sudah tuala dan cadar ini yang xdicuci hampir sebulan setengah. downy antibac fabric softener menjadi pilihan sejak kebelakangan ini.. harum semerbak pakai-pakai aku menembusi lubang hidung. sangat harum... aku biar kan semua itu berendam sementara aku keluar mencari makanan untuk aku mengisi perut aku yang semestinya kosong. aduh!! lapar sangat.

lenggong menjadi sasaran aku kali ni. aku memberhentikan motor aku tepat di garisan untuk motosikal. mee hoon goreng yang enak menjadi pilihan aku. ah nafsu makan. !! satay!! kempunan agak nya.. lantas aku order 5 cucuk satay ayam. dekat rumah tak da siapa pun.. jadi dengan mee hoon goreng 5 cucuk satay saja yang mampu aku sumbatkan kemulut aku. sampai dirumah.. azan maghrib bekumandang. x berapa elok kalau masuk rumah tika ini.. lalu aku duduk.. selesai azan.. aku masuk rumah.

azan bekumandang.. jom lah solat dulu. sebelum solat.. aku sidai cadar dan tuala serta sarung2 bantal. aduh!! penat nya... berat... sesak sekejap nafas aku. kembali normal setelah 2 minute. selesai menjemur.. kaki ku berjalan meuju ke bilik air.. memuka paip air untuk mengambil air sembahyang..selesai.! makan sesudah solat isyak.. maka.. sangat2 senang hati kerana tuntuan ku sebagi hamba.. telah aku laksan kan. alhamdulillah. syukur. ku hala kan remote untuk menghidupkan tv. bosan!! tak ada apa2 cerita yang membolehkan aku duduk lama2 didepan tv. habis makan.. aku tutup tv.. bukak laptop.





Thursday, October 13, 2011

hi semua =)

dah solat subuh ke belum ? kalau belum pergi lah sekejap ye...  =)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

credit to :  this blog...

semoga kita sentiasa akan berusah mempertingkatkan amalan kita dari sehari ke sehari.. sama2 lah kita saling mengigati. 



Kisah dongeng-stacy



Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati


mood = entry yang agak jiwang karat.= dalam2 aku mengodek2 nak pilih template serta layout baru... aku duk lah ulang lagu ni....lagu stacy-kisah dogeng... so.. tetiba aku rasa nak share lirik lagu ni.... yang pasti.. rindu encik iwan..huhu.. kalau kita dah jumpa orang yang betol2 sayang n cinta kita... jangan lah kita lepas kan dia pergi.. jaga lah dia baik2. sebab kadang2 kita sebagai manusia ni.. akan lebih menghargai seseorang apabila kita dah kehilangan dia... jadi hargai lah dia untuk sekarang..esok..dan selama nya..sebelum dia pergi tinggal kan kita kerana ego kita yang tinggi melangit. ego tu kadang2 bagus.. kadang2 akan memusnahkan kegembiraan kita yang sebenar nya ade depan mata kita. so.. bukak mata luas2.. minda pun bukak luas2.. yang mana satu permata dan yang mana satu kaca... jadi..hargai lah.




Pagi yang indah

jam dekat laptop menunjuk kan tepat pukul 5.35 pagi. sebelum masuk tidur.. jom lah kita tunggu azan subuh.. dah solat baru kita tidur dan mimpi yang indah2 okey. disebab kan siang tadi dah tidur agak lebih dari yang disarankan..maka layak lah aku mengelarkan ia sebagai overdose. so.. malam harus tak boleh tidur kan.. maka macam ni lah. harus aku bukak laptop mencari sesuatu yang membolehkan aku agar mata ini tetap berguna dari aku memaksa dia supaya pejam.

sebenar nya tadi tangan aku agak gatal nak tukar template dekat blog kan.. terasa suram pulak bila guna warna gelap kan. kalau layout okey lah.. kalau latar belakang untuk tulisan tu bagi aku agak suram sedikit. so aku pun godek2 lah dekat google.. lepas satu.. satu aku cuba.. mencuba yang mana satu lebih serasi dengan keadaan sekeliling. supaya pembaca turut tenang.. huhu..

dan akhir nya.. yang ini menjadi pujaan hati aku setelah beberapa jam aku mengodek2... walau pun penat.. dan agak mengatuk jugak mata aku ni. aku tetap gagah kan jua.. aku harus melatihkan diri ini.. supaya buat kerja siap sampai habis. ah diri.. xperlu di manja2 kan selalu.. kadang2 kala perlu ditegaskan..agar kehidupan akan lebih terjamin dan lebih maju kedepan.

laju jari2 aku menaip dan meluah kan setiap apa yang berlegar2 dikepala aku.. tanpa aku sedari jam sudah menghampiri jam 6 pagi... maka solat subuh pun pasti sudah masuk.. mari lah kita menuanikan solat subuh.. dan mari lah kita menuju kejayaan.. demi masa depan yang cerah.. terbilang dan saksama. kejayaan tak kan datang bergolek tanpa usaha yang gigih dan semangat yang cekal. ayuh kita sama2 siap kan diri kita dengan kejayaan di dunia dan di akhirat... insyaALLAH.



selamat pagi dunia.. selamat pagi MALAYSIA...



Wednesday, October 12, 2011

Otak-otak.

selamat petang dunia.. =) kul 4 petang tadi dah bangun dah.. bangun2 kelam kabut aku solat zohor.. huhu... nasib baik sempat. alhamdulillah. lepas solat terus turun bawah... yeahhh2... masa untuk makan. pagi tadi ade beli nasi lemak.. disebab kan mengantuk sangat.. nak makan pun xberapa nak larat kan. emm.. makan bangun tidur kang lah.. huhu.. tak de rezeki aku kot.. tak elok dah nasi lemak tu. last2 aku goreng popiah je.. makan lah popiah 6 ketul dan milo panas.. emmmm... sungguh enak rase nya tekak aku ni. 




huhu... hangit cikit hujung2 dia.. sebab duk syok2 buat air milo tengok2 dah itam cikit dekat hujung2 dia.. belasah saja lah.. janji perut kenyang. ni lah dia otak2 kempas.. sedap sangat2..=) dalam nya ade otak2.. manis je dan sedap lah.. kirim dekat leha.. otak2 kempas dari johor. =) klau petang2 makan ni sedap wo..
 
-
-
-
-
-
-


hari ni 12.10.2011.. hari jadi adik bongsu aku.. norhazleenda...nama panggilan alin..linda..adik..pilih mana satu nak panggil kompem dia akan menyahut.. dia ni rajin dan ringan tulang.mintak tolong amek kan pape... senang je.. hehe.. kalau mengamuk.. garang ya amat... huhu... macam kakak ayu dia lah kan..huhu.. =) selamat hari jadi adik..semoga adik rajin2 lah belajar dan kemas rumah ye..hehehe =) selamat hari jadi yang ke 10 tahun... =) kak ayu sayang adik sangat2 tau =) 


lagi 2 tahun.. adik2 aku akan tinggi.. maka aku lah paling pendek.. owh....tidak...tidakkk...!! dulu kecik2 aku jaga.. sebab mak keje kan.. aku lah yang kena jaga diaorang ni..sekarang dah besar dah.. dah pandai gosok baju sendiri... semua sendiri... huhu. sekejap je kan masa berlalu... sayang adik2 aku... =)


tidur..zzzz

tepat jam pukul 7.30 pagi tadi selamat sampai rumah. sampai2 lepak2 kejap. massage encik iwan sementara tunggu leha mandi. dia kerja 8.30 pagi. lepak2 lepas tu mandi basuh baju.. serius penat nya lah kan basuh baju pakai tangan ni..huhuhu =)

semua kerja yang perlu disiap kan sudah aku siap kan. so... masa untuk aku tidur lah... kang bangun untuk solat zohor then lepas tu kita makan dan tengok tv pulak. okey lah semua... selamat pagi.... =) kerja baik2. kerja dengan ikhlas ye.. =)


Second night

second night... yeahhh..lepas ni cuti.. lagi beberapa jam lagi nak balik.. balik2 kang kena basuh baju.. mandi2 terus tarik bantal nak tidur. huhu... 10 jam aku kena tahan mata ni. sabar2 mata tau.. jangan nak ngantuk2. hari ni kerja okey jer.. xlah busy sangat standard je.

trolley siap nak2 pukul 12 gitu.. lepas siap buat trolley settle kan apa yang patut. done.. semua berjalan dengan lancar. patient dari A&E pun xlah ramai sangat.. yang new admission pun xde lah ramai. dan paling penting confirm lah ahad ni discharge tu banyak. itu sudah pasti.

duduk2 xde kerja ni.. aku singgah lah dekat blog2 yang power2.. seronok bace blog2 ni.. terutama blog  ben ashaari ..banyak sangat2 info... aku suka bace entry dia yang ni... klik untuk bace .. =) lepas singgah blog dia.. aku singgah pulak blog hanis zalikha. best baca blog2 orang2 yang power ni. banyak info yang leh dapat kan.

xsaba nak balik.. nak tidur.. nak tidur... mata aku sangat mengantuk.. tetapi aku tetap gagah kan jua sampai habis shift pukul 7 pagi kang.. =)



Tuesday, October 11, 2011

ice room, nilai


yeah.. akhir nya dapat jugak aku try ice cream ni.. okey lah boleh tahan jugak ice cream ni.. aku.. leha n pae kongsi.. sebab aku lah yang teringin.. duk batuk2 ni nak jugak try kan..main menu nasi lah kan sebab lapar..huhu.. hari ni pergi kolej.. nak settle kan "SOMETHING".. huhuhuhuhuhu.... sila lah redha dengan apa yang terjadi.. huhuhu... lepas je blah dari KOLEJ aku ajak diaorang g ice room.... yeaaahhh.. thanx leha n pae.. hehe =) ye2 aku baru berkesempatan nak try.. time belajar dulu xdapat pun nak try.. =) 



nak makan apa ye agak2 perut lapa ni.. nak makan mee kompem cepat lapar balik.. emm. makan nasi lah.. try nasi goreng belacan.. nasib baik xpedas sangat.. so boleh lah aku makan kan. aku ni xberapa nak ngam sangat dengan makan pedas2 ni..huhu.. sakit perut aku kang...


terima kasih kawan2..hehe =) 



huhu... =) 


muke confuse.. eh ko ni cik ayu.. happy ke x?? huhu...kata nak sangat makan ice cream dekat ice room.. =) ni lah dia aku pilih blueberry snow ice.. =) diaorang bagi priority dekat aku.. nak pilih pape pun.. hehe..sebab aku je yang excited nak try kan.. =) diorang dah penah dah.. =) 

malam ni kerja first night.. wow!! busy ya amat okey.. hilang dah lemak2 tepu aku ni =) exercise malam2 cam gini kan.. =) esok second night.. lusa cuti..lepas tu cuti lagi..lepas tu jumaat & sabtu keje petang.. ahad keje.. wow.. enjoy gila keje minggu ni.. sangat2 relax dan besahaja. 





Mid Valley lagi =)

10.10.2011.. bangun pagi2 solat subuh.. alhamdulillah terjaga subuh tadi. lepas solat.. basuh baju.. wah banyak penat okey.. lepas basuh baju.. iron baju kerja 2 pasang. yes.. isnin n selasa boleh lepak2 sebab baju kerja sudah aku iron siap.. tinggal nak pakai je. =) isnin n selasa night duty.

semoga batuk aku cepat lah sembuh ya.. penat dah rasa nya. jumpe doctor dekat A&E.. doctor suruh makan antibiotic... untuk 5 hari. lepas tu syrup bena.. untuk keluarkan kahak. badan2 cepat lah baik...saya banyak kerja nak buat. =) saya dah makan ubat.. badan cepat baik tau... saya penat lah macam ni.

disebabkan penat sangat batuk dan ambik ubat batuk maka mengantuk lah aku pukul 11 malam. wow!! awal nya aku tidur.. dah lama xtidur awal2 ni.. pukul 11 malam tidur tu zaman2 aku sekolah menengah tu.. time nak spm. so nak dekat 5 tahu jugak lah aku punya tidur 12 tengah malam keatas. dan paling serik.. nak mandi malam2. serius xnak buat dah.. masuk ni dah 2 kali batuk lambat baik. huhu.. tu lah dah kerja ni banyak sangat kerja petang..lepas balik lepak2 bukak laptop xsedar diri.. last2 mandi pun lambat.

berbalik kepada hari ni... janji nak keluar pagi2 kan.. last2 lepas aku kepenatan basuh baju iron baju semua... aku pun tertidur lah.. nak dekat pukul 10 pagi baru terjaga.. maka dengan kelam kelibut nya aku mandi. harus lah encik iwan dah siap kan. sila lah redha. xpe2 selalu aku yang tunggu dia.. kali ni biar dia yang tunggu aku pulak... =) xpe kan cyg..sekali sekala.. tunggu je lah dekat kl sentral tu ye. siap2 gerak g ktm.

lepak2 dengan encik iwan pukul 8 malam gerak dari kl sentral. sampai shah alam rumah pukul 10 malam.. terima kasih leha..sebab anta n amek aku dekat ktm tadi. dan terima kasih encik iwan.. hari ni saya dapat makan semua yang saya nak.. kenyang sangat2. hari ni dapat makan donut durian.. sedap2.. yum2.. =) okey lah nak tidur.. esok ade hal nak di settle kan.. =) okey tata =)





encik iwan belikan 6 pieces untuk saya... huhu.. xde lah aku makan 3 ketul.. dia makan 3 ketul.. akhir nya dapat jugak makan durian flavour.. yum2.. thanx a lots cayangku =)


(semalam punya cerita.. nak update internet lembap.. plus nak masuk gamba xleh2.. so save dulu hari ni baru berkesempatan nak publish..huhu.. aku xsuke tunggu2 ni.. lambat..huhu)







Saturday, October 8, 2011

Hari ini punya cerita

bangun2 kerja.. =) hari ni duty pagi pukul 7 pagi... bangun2 lepak2.. pukul 6 pagi mandi. lepas mandi..solat semua..siap2... vrooomm2... start motor.. jom g keje.. rempit okey.. tengah2 nak cepat sebab dah lambat sebenar nya.. ada pulak keta kelisa ni nak men acah nak jalan xnak jalan.. ha amek lah kau aku jeling 90 darjah. bengang.!! kau ingat aku baru lesan L.. dan perempuan ko leh nak men acah2 lah?? race lah jom... kompem aku kalah.. haha.. yelah2 kau menang ko kan nek kereta.. aku ni nek motor je. huhu

sampai2 pekara petama kompem kena betul kan tudung.. ye lah nek moto kan.. tudung kompem xbetol.. ah lantak.. yang penting punch card aku sharp on time okey. sharp je yang peting.. nak datang awal2 buat apa. 5 minit awal xpe.. ni nak datang 15 minit awal xbez..kang duduk je.. huhu. lepas dah buat pekara biasa tu.. tengok2 apa yang kena buat.. okey len clear.. xde keje.. jom kita makan jom.. sarapan sangat penting okey. jangan nak skip2 sarapan.. nak diet pun jangan skip2 sarapan. sarapan bagi aku sangat2 penting. bila aku sarapan kompem aku sangat bertenaga nak kerja dan hati pun senanag...

lepas je sarapan..jom kita mula kan kerja.. buat2 dan terus lah buat.. dan suka sangat2 hari ni kerja sebab patient xde masalah sangat dan berjalan dengan lancar.. aku nak dispense pun happy... huhu. macam ni kerja baru lah x stress kan.. lepak2 je kerja. tapi yang penting kalau kita kerja.. make sure kerja dengan ikhlas. sebab kalau xikhlas susah wo nak kerja.. sebab xabis2 nak merungut. kan xbaik merungut2 ni. best ap kerja dengan niat yang ikhlas. aman je hidup rase nya kan. wah dah setahun dah aku kerja.. kejap je masa sekarangkan.. sedar2 dah tahun 2012 pulak.



esok adalah hari sabtu.. hari sabtu adalah hari busy.. bila busy harus lah lagi bersemangat okey. bila bersemangat wating time pasti akan cantik punya. esok ade pasar malam. teringin sangat2 nak makan ayam uncle bob... dah lama duk tunggu2 dia asyik xbukak je. ke hari tu je dia bukak. emm nak makan uncle bob.. nak makan.. sedap nya ayam dia. ahad masa untuk dating... yahoo.. akhir nya dating2 time is coming.. hehe =) wah... dah nak sebulan xjumpe encik iwan..dua2 dah kerja so masing2 sibuk dengan commitment kerja masing2. kalau dulu.. dia kerja aku pulak study.. so senang nak handle. sabtu ahad aku kompem dah cuti.. sekarang ni aku kerja shift.. so nak buat macam mana kan.. =)

kalau dah kerja ni.. memang jarang lah nak message kan.. kalau aku kerja jarang aku nak duk perhatikan nset jer.. malas...huhu.. yes tu jawapan paling tepat. nama je bawak nset dalam poket... eh baju kurung kerja aku ade poket tau.. senang nak g mane2..letak je dalam poket.. xpayah nak sibuk2 bawak purse tu. so.. bebalik cerita tadi.. so kalau aku kerja memang aku malas lah nak message2 ni.. lagi satu kadang2 busy kan. encik iwan pulak.. dia memang busy memanjang kalau dah masuk kerja tu. kalau nak message dia.. time pagi2 sebelum dia masuk kerja pastu lepas dia dah ade dekat rumah. ha.. gitu cara nya kan. xpe2 aku xkesah pun... dia pun kerja cari duit nak kawin..hehe =)

eh2 busy sangat ke kite orang ni sampai nak message pun susah?? huhu.. entah lah. masa xmengizin kan kot untuk duk lama2 message. mula2 macam susah nak biasa kan.. tapi lama2.. dah xkesah..huhu. kredit abis pun untuk call. aku lagi suka call lagi massage.. senang cakap je direct kan. kalau kredit dah ciput..baru jari2 aku rajin nak massage..huhu. nak2 kalau ade masalah.. aku ni dah lah jenis xreti nak cerita masaalah dekat orang even dekat encik iwan pun. so.. kalau call tu senang cikit kan.. nak menangis sambil2 luah kan masaalah pun okey... pastu encik iwan leh cepat bagi respond kan...ha senang gitu.. xpayah nak duk type massage banyak2.. buat penat je jari. tapi kalau update entry aku rajin nak type panjang2.. hehehe...

okey lah aku nak tidur.. esok kerja double pulak.. =) nasib baik kerja hari sabtu.. pagi je yang busy ya amat.. petang boleh relax2 kan. so.. enjoy lah ko bekerja kan. cepat lah esok berlalu.. supaya ahad cepat2 datang... aku suka ahad 9/10//2011 ni.. huhu.. yes2.. =) emm nak kena list ni nak makan apa kang. yang penting nak g big apple nak makan donut durian.... yummy2.. sedap bangat weh donut durian tu.. =) serius xtipu okey.. kalau ko bagi aku 4 bijik aku boleh habis kan..huhu.. tapi kalau donut2 yang lain.. 1 1/2 je aku dah surrender dah... dulu boleh lah..sekarang ni dah xberapa nak hantu donut big apple sangat. yang durian je aku leh makan..huhu =) dulu tengok big apple je nak amek 6 pieces.. tamak kan..huhu.. padahal bukan habis pun.. nafsu makan je yang lebih2.huhu.



 p/s : sekarang ni kena amek tau apa yang encik iwan suka ke x ...  kalau dulu.. masuk telinga kanan.. 2 saat dah keluar balik ikut telinga kiri.. huhu.. sekarang dah xboleh dah.. ni semua mak yang nasihat kan.. mak selalu bagi nasihat supaya dah kawin kang jadi isteri yang dengar cakap suami.. insyaallah. dah kawin maka tanggungjawab dan cara hidup pun dah lain kan.. so kena lah sedar diri.. jangan nak buat perangai macam hidup time bujang2 kan. =) =) insyaallah akan aku ingat pesanan mak.






Tuesday, October 4, 2011

lima =)

2.10.2011 .... selamat ulangtahun perkenalan yang ke 5 tahun encik iwan.. =) 5 tahun? walaupun baru 5 tahun... tapi bukan senang kan nak ke angka 5 tu. banyak sangat2 dugaan.. sangat2 banyak. semoga akan terus lah bertambah angka tu dari tahun ke tahun insyaallah...



2.10.2006... pagi2 kita jumpa dekat library sekolah. first date kita dekat situ. awak bawak kawan awak.. saya bawak kawan saya... kali pertama jumpa malu2. biasa lah first time kan.. malu2.. nak pandang pun malu... haha.. jantung saya macam nak jatuh.. awak tolong kutipkan boleh x? hehe... saya nervous lah awak... dah lama x rase berdebar macam tu...




lepas lepak2 dalam library tu... kita pergi tangga tu... dekat situ kita declare.. wah... gembira nya.. nak belaja pun happy... nak buat apa pun semua senyum.. senyum..dan tersenyum. rasa macam xpercaya je saya akan couple lagi selepas saya dah betol2 kecewa..huhu.. emm kita kan manusia biasa.. kita hanya mampu merancang.. semua ditangan NYA....

macam2 kan dugaan.. terlalu banyak... tapi alhadulillah kita masih mampu bersama. biasa lah dulu muda remaja.. semua nak melenting.. saya lah..hehe.. awak ni cool je.. relax2 je... tu lah orang ada cakap kalau kita nak cari pasangan..seelok nya carilah yang kontra kan.. kalau dua2 melenting je sape nak cool.. terima kasih awak sebab awak seorang yang sangat penyabar.. sangat2... semoga saya akan jadi macam awak.. =) insyallah =)

dan macam xpercaya pun saya akan bertunang secepat ini.. umur 22 tahun.. kita sama umur... tapi awak sangat2 matang... semua yang awak buat ikut rasional.. saya pulak ikut perasaan.. emm betol lah orang cakap cari lah yang kontra dengan kita..hehe. kadang2 saya tengok pemikiran awak xgaya macam umur 22 tahun pun. mungkin sebab awak dah lama kot kerja.. bercampur dengan orang2 tua.. huhu..

rajin nya awak kerja kan.. semangat awak sangat2 tinggi... mana2 awak kerja pun... alhamdulillah semua menjadi..tapi tu lah tempat awak kerja pulak asyik ade jer hal nya.. xpe cyg.. rezeki awak bukan dekat citu.. dekat tempat lain. insyallah.. sekarang awak dah pun dapat hasil berkat dari kesungguhan awak.. tahniah awak... memang sangat2 rajin berkerja.. takut saya tengok.. =) =)

awak2.. saya nak cakap ni... terima kasih awak.. terima kasih untuk semua nya... awak lah lelaki yang terbaik buat saya.. saya harap kan kita akan berkekalan sampai bila2.. saya sayang awak.. =) awak banyak tolong saya masa saya susah... masa belaja.. masa dah kerja ni pun awak tetap tolong saya kalau saya perlukan awak. terima kasih sangat2.

awak... semoga persiapan untuk majlis kita akan dipermudah kan... semoga kita akan tetap kuat mengharungi semua dugaan dalam tempoh pertunangan ni.. banyak sangat2 dugaan kan. dan terima kasih sebab awak banyak bersabar dengan saya.. =) terima kasih encik iwan. =) dan terima kasih sebab awak xmerokok langsung.. bertuah saya.. jimat duit awak.. saya lagi suka.. boleh spend untuk shopping kan.. hehe.. eh2 gurau je... =) =)




Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.


credit to : http://www.berpuisi.tk/2011/06/kumpulan-kata-kata-indah-cinta.html



alhamdulillah... kerana DIA.. kita bertemu... dan terima kasih awak sebab awak ajar saya apa itu cinta lepas saya betol2 kecewa.. lepas saya tutup pintu hati saya untuk mengenali erti cinta.. dan inilah erti cinta kan... indah rupa nya.. terima kasih awak.. syukur YA ALLAH.. alhamdulillah.. semoga jodoh kami berkekalan.amin. 

-
-
-
-
-
-
-
-



Dalam sebuah percintaan, janganlah kamu sesali perpisahan tetapi sesalilah pertemuan.Karena tanpa pertemua tidak akan ada perpisahan. Menikahlah dengan orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada menikahi orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita karena adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

credit to : http://www.berpuisi.tk/2011/06/kumpulan-kata-kata-cinta-romantis.html


semua ni takdir kan... kita sebagai manusia dan hamba.. hanya mampu merancang siapa lah kita untuk mengubah takdir kan. cari lah orang yang betol2 mencintai kita.. insyaallah dengan izin dari NYA.. insyaallah kita akan bahagia dan rase dihargai.. sebab dia akan sedaya upaya buat yang terbaik untuk diri kita. tapi ingat jangan main kan perasaan orang jangan lah sesekali ambil kesempatan diatas pengorbanannya.. sebab hidup kita ni macam roda.. kalau hari ni kita buat orang.. mana tahu esok lusa kita pula yang kena ke... so.. masa kita hidup ni jangan lah menipu..mempermainkan.. atau ambil kesempatan terhadap diri orang lain.

p/s: entri ni buat 2/10/11.. tapi busy kerja so.. xleh nak sambung... ni kebetulan pulak esok kerja petang.. so jom lah kita sambung ye =) dan untuk encik iwan.. awak selamat ulang tahun perkenalan yang ke5 =) semoga akan tetap bersama awak untuk yang ke 6..7...8...9..10..11..12...13...14.. dan yang x terkira dah..hehe.. insyaallah.. semoga jodoh kita panjang.. =) insyaallah =) terima kasih awak... terima kasih untuk semua2 nya... semua2 nya... =) happy bersama awak 5 tahun ni. =)

-
-
-
-
-
ambik lah hadiah saya yang xseberapa ni.. hehe =)








Saturday, October 1, 2011

Wanita itu sangat kuat

dah pukul 1.53 pagi... kenapa mata xboleh nak lelap ni?? kenapa ek?? alhamdulillah selamat sudah sampai shah alam pukul 10.30 malam. sedih nya nak cari tiket bus pukul lain2 dah habis. so tinggal pukul 5.45 petang je yang ada. nak x nak kena lah jugak kan beli.. sabtu dah start kerja. ingat kan berhenti dekat ktm sungai buluh cepat lah kan sampai.. last2 tren delay.. apa boleh buat kan.. sila lah redha dalam marah..huhu



hari khamis n jumaat amek EL... sebab nak jaga mak. gembira nya mak dengar aku dapat cuti lama2 cikit. ada satu malam tu lepak2 dengan abah dekat meja makan.. abah cakap mak perlukan semangat anak2 dia dalam2 keadaan macam ni. syukur YA ALLAH sebab dikala mak perlukan anak2 dia.. anak2 dia ada. dan syukur YA ALLAH aku mampu berada disisi dia untuk teman kan dia.. walaupun cume 5 hari...ikutkan nak jer cuti sampai simen kat kaki dia doctor tanggal.. tapi apa boleh buat aku dah kerja... tanggungjawab dah lain...

sedih nya nak balik tadi.. time salam tangan mak.. dalam hati sedih sangat2 nak balik... aku tahan air mata jangan bagi keluar... tengok mak.. mata mak dah merah.. aku xnak pandang mak lama2... aku tarik nafas lama2... aku tahan air mata aku dari jatuh depan mak.. xnak nangis depan mak.. dalam hati.. emm sedih..sumpah sedih. mak.. sangat2 sedih... tapi xnak nangis... xnak nangis... aku kan kuat..orang doakan supaya mak cepat sembuh ye. mak kan kuat. cian nya tengok mak jalan pakai tongkat... emmm... mak cepat2 sihat ye.. orang sayang mak.. kalau boleh biar orang je yang sakit.. mak xpayah sakit.. tapi nak buat macam mane.. semua ni dah takdir.. siapa kita nak lawan takdir. mak kan kuat..sebab tu mak selalu dapat ujian yang sangat2 hebat.



semalam xboleh tidur.. setiap jam terjaga.. golek sana..golek cini.. tetap mata xboleh tidur...duk tengok jam..lagi berapa jam nak balik shah alam.. xnak balik.. boleh x?? huhu.. xboleh lah cik ayu..awak kan kerja... kerja baik2 tau cik ayu. last2 pagi tadi bangun lambat.. pukul 12 tengah hari baru bangun. adik2 dah balik sekolah dah. xsempat nak mandi kan mak.. tu lah bangun lambat sangat..menyesal nye!! tapi mata xleh bukak sebab last2 dapat tidur dalam pukul 5 pagi macam tu. dah pukul 5 pagi baru tidur mana nak bangun awal kan. sekarang mak dah boleh mandi sendiri.. aku dah ajar dia macam mane nak mandi supaya simen dekat kaki dia xterkena air. alhamdulillah semangat mak sangat2 kuat.. dalam2 kaki dia sakit.. dia kuat kan seluruh tenaga dia untuk bangun. semoga mak cepat sembuh...lega sangat2 mak dah boleh mandi sendiri. sayang mak sangat2.

walaupun amek EL ni akan buruk record kerja aku.. tapi xpe lah kan..... setahun aku jaga.. xnak EL.. aku sakit macam mana pun.. aku still datang kerja... sebab nak jaga reputasi lah kata kan. tapi untuk kali ni aku xpernah menyesal malah aku sangat2 gembira.. sebab mak happy bila aku cakap aku cuti dan nak duduk kampung sampai jumaat..kegembiraan mak adalah hadiah yang paling dan sangat bermakna bagi aku dekat dunia ni.. kalau ikutkan hati aku nak unpaid leave 1 bulan nak jaga mak.. tapi kang sapa nak bayarkan sewa rumah aku.. moto aku.. aku xnak susah kan sape2. xpe lah at least aku boleh luangkan masa dengan mak selama 5 hari.

ni pun still xboleh tidur.. banyak sangat nak fikir.. rasa macam padat sangat2 otak aku ni..huhu... esok kerja pukul 8 pagi... tapi mana mood aku nak kerja ni.. wake up norhidayu.. wake up. esok kerja okey..okey lah.. semoga mood untuk esok akan ada.. dan bersemangat untuk kerja. jam sudah pukul 2.20 pagi.. lagi lagi 4 jam je masa yang ada untuk tidur.. esok nak kerja.. kerja sampai pukul 9 malam.. buat OT 8pagi-2petang... lepas tu sambung 2 petang- 9malam.. ahad pun kerja double jugak.. =) xpe2 bersemangat nak kumpul hours ni. nak cuti bulan 12 kang. annual leave nak simpan untuk tahun depan.. insyaallah xde pape halangan dan rintangan bulan 6 kita makan nasi minyak sendiri ye.. =)



p/s: awak2 dekat sana2 tu... kita ada mak kita 1 kali jer dalam hidup kita.. sibuk macam mane pun..luangkan lah masa untuk dia... at least sebulan sekali kita balik lah kampung. mak kita rindu kita sangat2 tau... kalau xboleh balik.. kita call lah tanya kabar ye.. jangan lupa kan mak kita. kalau dia sakit.. jom lah kita same2 adik beradik menjaga dia.. dia perlukan kita bila dia sakit.. mak kita memang kuat..dan sangat kuat.. kalau dia xkuat.. kita xkan berada dekat mana kita sekarang.. mak kita memang wanita yang kuat tau.. cume bila dia sakit... dia perlukan perhatian dari anak2 dia... anak2 yang dia sayangi..yang dia kasihi.. yang dia rindui.. kawan2.. hargai lah mak kita... jangan kita luka kan hati dia.. kerana dia lah wanita yang terbaik dalam hidup kita. senyuman mak adalah yang terindah... =)

ingatan ini ditujui untuk diri sendiri..... okey lah jam dah pukul 2.27 pagi.. mau tidur... =) nite semua =)