Sunday, July 31, 2016

cabaran uruskan anak2..


Image result for kata hikmah tentang anak

kadang2 bila fizikal dan emosi penat.. seringkali kita juga penat nak melayan kerenah anak2. mana xpenat nya.. anak2 semua kecik2.. semua perlukan kita untuk buat semua benda. stress xpayah cakap. mula2 masa anak dah masuk 3.. kelam kabut jugak nak cari rentak. try n error.. dan sekarang dah 1 bulan lebih.. alhamdulillah dah boleh nak handle anak2. cuma kalau makan dekat luar tu masih sedikit gementar. sebab iffat ni lain macam sikit. kadang2 dia xnak direct feeding..kadang xnak botol. ikut suka tekak dia je mana dia nak. xpelah..layan kan je. 

jujur aku cakap.. mental dan emosi memang kena kuat. selalu aku sedapkan hati.. aku kuat sebab tu Allah berikan aku 3 anak2 yang tersangat.. terpaling aku sayang ni.tambah pulak anak2 aku jarak umur rapat2. hana dengan perangai macam tu. iman dengan perangai macam tu, iffat macam tu,, tapi aku bersyukur sebab anak2 selalu happykan hati aku. part paling best.. hana dah nak makan nasi.. so disebab kan dia dah nak makan.. aku akan masak walau penat macam mana pun. suka tengok dia makan.. dia suka sangat makan telur dengan ayam goreng. 

iman pulak masih minum susu.. sehari boleh cecah 7 x 8oz sehari dia minum susu.  bila suap makan ikut mood je dia nak makan. cuma sekarang ni aku bagi hana dan iman sebiji sorang telur rebus. seronok lain macam bila anak2 nak makan. alhamdulillah. iman baru 1 tahun 7 bulan masih perlukan perhatian.. iffat pulak baru 3 bulan ++ part ni kena pandai2 cari masa nak layan dua2 tu. iffat kalau dah bangun begitu fanatik dengar suara mak dia ni. bila dia bangun susah sikit nak buat kerja rumah. soa bila dia tidur kena buat kerja rumah laju2. 

time dia tidur kena cepat2 mandikan hana dan iman. buat susu iman.. kena cepat2 sapu sampah.. kemas apa yang patut. kalau sempat basuh kain dan sidai sekali. kalau dia da bangun aku terus mandikan dia.. selesakan dia.. bagi dia minum susu dalam botol.. 3oz... senang bila dah kenyang dia tidur balik.. dapat lah aku settlekan kerja rumah dan sediakan makan untuk hana dan aku. pendek kata... bila anak2 rapat macam ni.. buat kerja kena pantas. xboleh nak lepak2. bila semua kerja da siap.. aku pun ajak la anak2 baring.. kalau iffat terjaga ajak dia main sama2..

masa ni aku luangkan masa main2 dengan anak.. ajar dia sikit2.. nyanyi lagu didi & friend.. ha semua aku dah hafal tau. biasa la mak2 kan. ada rezeki dapat la tidur.. kalau xde rezeki xpe tetap redha jugak . petang tu.. kalau ada kain nak kena angkat.. aku angkat dan terus lipat. aku xsuka simpan2 kain. sebab nanti kedut2 kain tu kalau longgok bertimbun. not nice for me. sambil2 tu dalam pukul 5.30 petang.. bagi hana dan iman main dekat laman. sat lagi iman menangis.. kena dengan kakak. letak jap kain settle kan anak2. dah tenang sambung buat kerja.. jam pukul 6.10 petang bawak anak2 masuk... mandi.. lepas tu mandikan iffat pulak..

dah settle semua.. jom kita start masak.. sebab pukul 7 pm husband balik.. nak makan.  dah masak.. husband balik.. makan semua. malam kalau kerja nite duty.. pukul 8 pm siap2.. mandi solat semua. kalau off day relax lama sikit. main dengan anak2 lagi.. haaa.. ni kehidupan aku sebulan ni.. sebab husband kerja office hour kan. xmasuk shift lagi. tapi xpe dah dapat rentak nak handle anak2. insyaallah okey. kesimpulan nya.. kerja xboleh tangguh. baru la semua nya akan smooth.. dah malam... kita tidur.. tu kalau dapat. dah 3 anak... 2 anak sepahkan mainan... 1 lagi mata duk terkebil2. haaaaa.... apa2 pun aku happy

kalau aku stress aku selalu ingatkan diri... ramai pasangan yang masih ternanti2 kan kehadiran cahaya mata. jadi kenapa aku perlu keluh kesah melayan kerenah anak2. belajar untuk berikan perhatian yang lebih dan adil untuk setiap anak2. xpelah mama penat.. bila mama tengok anak2 mama gelak.. happy.. penat mama semua hilang. bahagianya hanya Allah yang tahu... "Allah ada... Dia telah aturkan semua ni. aku redha... " penat dekat tempat kerja dan penat dekat rumah.. bila kita redha.. pahala menanti.. belajar untuk lebih positif dan bersyukur.. =)

sebab apa??
aku sedar masa anak kecil ni akan berlalu dengan pantas
dan suatu hari nanti aku pasti merindui semua kenangan ini. 
aku xnak sia2 kan kenangan membesarkan anak2..
aku nak peluk cium diaorang hari2.. 
nak masak dan sediakan keselesaan untuk mereka
dengan sebaik2 kudrat yang aku ada. 
biar la aku penat.. letih..  semua ni kerana Allah..
hana irdina.. haziq iman.. hasif iffat..
setiap hari mama titipkan doa untuk kalian...
semoga Allah merahmati kehidupan mu anak2
lindungi dan pelihara sepanjang mama keluar berkerja..
sentiasa redha akan kamu sepertimana mama redha dengan mu..
sesungguhnya keredhaan Allah terletak diatas keredhaan mama..
berbahagialah anak2 mama dengan kehidupan mu...
mama tersangat sayangkan hana irdina
mama terlalu cintakan haziq iman
mama terlampau kasihkan hasif iffat... 









Rezeki anak-anak..




bila anak dah 3 ni..dan jarak umur setiap seorang dekat2... serius aku nak bagitau.. kau kena kuat.. kena kental.. kena happy.. relax je.. sebab Allah bagi sebab kau mampu nak handle.. sebab tu Dia bagi anak2 tu. percaya la.. kalau tu bukan rezeki kita.. xpakai apa2 protection pun.. tetap bukan rezeki kita jugak kan. percaya kepada Qada dan Qadar.. maka kehidupan akan lebih tenang dan kurang la kita duk fikir macam2 perkara. insyaallah setiap anak tu rezeki nya lain2. semua xsama.

macam aku... aku kerja shift. husband pun kerja shift. cuma sekarang husband kerja office hour.. training untuk 1 bulan. haaa.. masak la kau nak fikir kerja apa. sebab anak2 kitaorang jaga sendiri. nasib boleh handle. syukur.. haa... tu pun rezeki jugak. kiranya aku dan husband kerja silih berganti shift. tapi alhamdulillah tetap ada masa dengan anak2 dan masa bersama. kena pandai adjust la. kena fikir banyak sikit. bukan senang nak senang.. dan bukan susah pun nak susah... relax je..



husband dapat offer kerja tempat lain. shift jugak. cuma sebulan ni kena hadap office hour. stress aku. nak xnak demi masa depan... xpe la.. aku cakap dengan dia.. "KALAU ITU DAH REZEKI ANAK2... INSYAALLAH ALLAH PERMUDAHKAN. ADA JALAN NYA SEBAB TU ALLAH LORONGKAN REZEKI YANG NI" alhamdulillah dapat arrange shift. aku amek kerja malam.. masyaAllah penat xpayah nak cakap la. tapi bila aku letak kan ikhlas kerana Allah.. redha tu datang slow2. membebel.. membebel jugak.. penat oi.. 3 anak nak kena handle..nak2 semua kecik2.

selasa hantar resume... rabu panggil 1st stage interview.. seminggu lepas tu 2nd stage interview. 2 hari lepas tu dapat jawapan.. " u r selected" ha?? cepat nya.. alhamdulillah rezeki anak2.. setelah 8 tahun berkerja dengan spm.. husband dapat gaji yang setimpal dengan pengalaman dia. kalah aku yang ada diploma ni. dan kerja 6 tahun di company yang sama.  bersyukur... bila husband forward massage dekat aku dia dapat.. terus aku buat sujud syukur. syukur rezeki anak2.. insyallah mungkin akan lebih selesa.. alhamdulillah... itu la kehidupan.. ada turun naik nya..

p/s : bila mana kita terasa penat dengan ujian Allah.. ingat la kita mampu untuk menghadapi setiap dari nya. ujian tanda Allah sayang kita.








Sunday, July 24, 2016

perbaiki diri...




alhamdulillah... jom kita amalkan setiap kali lepas solat. xlama mana pun..  sekejap je.. ni la yang aku amalkan pregnantka haziq lagi.. masa pregnantkan haziq badan agak penat. kadang2 lemah je rasa nya. ye la masa tu hana anak yang sulung baru 10 bulan.. mana nak layan kerenah dia lagi.. mana nak uruskan diri.. mana nak uruskan rumah.. nak kerja pagi.. penat tu xpayah cakap la. kadang2 macam nak menangis je rasanya.. tapi apa boleh buat.. kena hadap jugak..

tiba2 terjumpe ni.. terus amalkan.. dan hasil nya.. kekuatan tu datang tanpa disuruh... hadir nya dengan sendiri.. kadang2 macam xpercaya.. eh aku mengandung ke x ni.. lain macam je semangat ni. kadang2 tu lupa mengandung. mana boleh nak lemau2 sebab anak kecik lagi. kesian dia. kadang tu nak cepat xbuat pun. sekarang ni cubakan diri untuk jadikan amalan harian setiap kali lepas solat. insyaallah.. kita perbaiki sikit..






Tuesday, July 19, 2016

Pengalaman...

alhamdulillah Allah rezekikan lagi untuk aku mengandung kali yang ke 3. Ya Allah... terima kasih kerana rezekikan aku untuk kali yang ke3 dengan mengandung yang tiada alahan langsung. setiap yang terjadi Allah dah tetapkan sejak azali lagi. syukurlah dengan setiap apa yang kita miliki. apa yang kita miliki xsama dengan insan lain. bila tiada alahan senang untuk aku melakukan kerja seharian dengan kudrat yang ada. uruskan anak2.. suami.. rumah serta menjalankan tanggungjawab sebagai seorang perkerja.

perasaan malas memang banyak.. kalau ikutkan hati nak baring 24 jam tanpa gangguan. tapi kena tepis semua perasaan tu sebab anak2 yang sedia ada masih kecik.. jadi mahu atau tidak kena buat2 kuat. lain lah kalau mengandung kali pertama.. xbanyak kerja yang perlu dilakukan. cukup uruskan diri sendiri.. suami dan rumah. itu pun rumah bukan la sepah mana pun.. xde siapa nak sepahkan.. kemas seminggu sekali pun xpe..bila mengandung kali ke2.. kali ke3 dan seterusnya mana boleh nak bersantai2 macam anak pertama..

nak cakap diri kuat sangat pun.. xde la kuat mana.. kita tetap manusia yang perlukan rehat.. tapi tu la sebab anak2 kecik.. maka kena kuat jugak hadap semua benda.. kena rajin kan diri kemas rumah.. basuh baju.. masak. eh semua la kena buat. kalau dah penat sangat baru rest. aku pulak jenis xreti nak rehat selagi kerja tak settle.. bagi aku buat dulu kasi settle.. nanti2 rehat la.. haaa.. sampai ke sudah mana nak rehat nya.. bila kerja dah settle.. anak2 pulak ajak main.. layan kerenah dia.. layan kan je.. xpe la.. mama okey je.. huhu..

kerja pagi ke.. petang ke.. malam ke.. semua memang penat. tapi eh mana boleh relax.. kehidupan kan.. kena la kuat.. hadap je semua. sebab kita mampu la kita layak dapat semua ujian ni. so fikir la secara positif. maka akan lahir lah tindakan yang positif. dan datang la apa pun masalah pasti ko akan tenang nak hadapi.. dan yang paling penting kena la berusaha.. doa dan last sekali tawakal. Allah sentiasa ada untuk kita.. bila kita lemah.. kita dekat kan diri dengan Nya.. Dia rindu dekat kita.. sebab tu ujian tu datang... =) =)



Thursday, July 7, 2016

Nama anak2..

nak fikir nama anak memang agak pening.. anak pertama dan kedua.. aku yang pilih... dan disetujui oleh ayah mereka.. anak yang ke3 aku nak pilih jugak.. sekali semua ayah nya xberapa berkenan.. bila da bosan asyik xlulus je semua nama yang dicadangkan.. aku cakap dah la malas nak fikir. awak je yang cari. so bila anak dah selamat bersalin 12.4.2016 baru suami carikan nama.. sekali dia cakap MUHAMMAD HASIF IFFAT.. berserta dengan maksud.. eh.. macam best je.. terus setuju .. ok.. xnak fikir dah.

hana irdina

Share
HanaKebahagiaan, rezeki tanpa kepayahan
IrdinaKehormatan kami, kebajikan/keberkatan

haziq iman

Share
HaziqCerdik, pandai
ImanIman, keimanan

hasif iffat

Share
IffatKesucian, kemurnian, kesopanan, kesederhanaan, Kehormatan diri
HasifKemas, rapi

dekat link sini  maksud nama hasif lain cikit : bijak, pintar, baik budi bicara.. xpelah adik.. mana2 je la.. janji ayah setuju ada okey dah. eh nama2 anak semua ayah yang luluskan.. kan bin/bintikan dia.. harus la dia pun nak sibuk jugak.. huhu. rasa2 nya ni adik kot.. inysaallah stop dulu.. hahaha... =p =p 


Gula bayi rendah??

dah lama xjenguk blog ni.. dah bersawang banyak sangat dah. rindu nya.. =) emmm.. alhamdulillah dah selamat bersalin anak ke3 pada 11.4.2016. ni dah habis pantang 44 hari.. lama dah hai.. tinggal pantang 100 hari.. lepas tu merdeka. mak pesan bukan 100 hari.. kena jaga badan elok2. muda2 memang xnampak.. kang sok tua baru rasa. ok mak baik.. mengikut perintah. berpantang ni bukan senang.. sangat2 susah nak displinkan diri sendiri. mencabar tahap keimanan.. haaa... oevr sangat okey.

anak ke 3 selamat dilahirkan tepat jam 8 .15 malam. dengan berat 3.5kg. bersalinkan dia dekat kampung jugak.. hospital daerah sabak bernam. masa nurse bagitau berat dia 3.5kg aku terkejut sangat2. ye la last scan hari jumaat 8.4.2016 doctor bagitau berat dalam 2.9kg je. dalam hati terus cakap.. oh patut la perut kecik je.. baby kecik je kali ni. kakak hana dulu 3.4kg.. berat abang haziq 3.1kg. sekali adik 3.5kg..mama agak terperanjat. nasib baik la senang je mama nak teran adik.. alhamdulillah..

dah beranak setahun sorang.. jalan dah ada.. sebab tu kot semua nya dipermudahkan. teran 2 kali.. terus keluar muhammad hasif iffat. bila keluar.. nurse cakap adik hypoglycemia.. nurse suh mama susukan adik. mama bagi susu.. tapi tetap xnaik2. nurse tanya mama ada kencing manis ke. mam bagitau la.. dah 2 kali minum air gula.. saya bebas kencing manis during pregnancy nurse. nurse pun diam je. lepas tu doctor datang. dia bukak buku apa tah.. duk angguk2 dengan nurse. jam 10.30 malam.. gula adik dah okey.. so mama boleh transfer masuk ward.. boleh rest.. esok boleh discharge.

masa dalam ward.. nurse cek adik dan mama.. okey tahap gula tiada masalah.. bila tanya kenapa anak saya boleh kena hypoglycemia.. nurse diam.. emm.. malas nak fikir. aku syak masa anak aku lahir diaorang dah bagi susu formula dah.. sebab aku dengar gula baby semakin rendah. tiba2 bila dia call doctor dan doctor datang gula anak aku naik. xpe nurse dan doctor.. saya redha.. janji anak saya selamat. sihat dan okey sahaja. xpe la adik.. lain anak lain ragam.. kadang2 kita kena fikir anak.. kalau nak exclusive breastfeed boleh.. kalau lahir2 anak ada masalah.. kita kena redha.. jangan zalim dengan anak.

bila doctor decide kena topup susu formula.. sila redha.. mungkin itu jalan terbaik. jangan nak berkeras sangat dengan pendirian kita.. kesian dekat anak. nak2 baru beberapa jam lahir.. banyak dia kena survive sendiri. so sebagai ibu yang baik.. jangan la kita terlalu berdegil nak pertahan kan apa yang xpatut. maksud nya bila anak dah krtitikal tetap nak susu ibu jugak. eh jangan.. kesia dekat anak. xpe kita serahkan kepada Allah.. semua yang dia tentukan adalah yang terbaik untuk hamba2nya.. =)

p/s : aku syak doctor bagi susu formula.. sebab dia tanya nurse.. baby muntah x tadi.. dia habiskan x 30ml tu. oh my!! tidakkk.. huhu.. xpe la.. mama redhoooo... =)


Wednesday, February 24, 2016

27 tahun sudah..


happy birthday to me.. happy birthday to me... 
eh dah masuk 27 tahun dah.. 
dah tua dah... dulu masa zaman sekolah2 duk fikir
bila dah masuk 25 tahun apa jadi semua..
sekarang bila dah 27 tahun... alahai sekejap je masa berlalu
harapan dan impian semoga dengan bertambahnya usia
kehidupan semakin bermakna dan diberkati..
anak2 sila lah jangan besar cepat sangat..
mama xsanggup nak berpisah dengan anak2..
mama nak berkepit je dengan anak2..
mama memang over.. sekian.... 


Wednesday, February 17, 2016

Terima kasih husband



masa pregnant kan hana... hidup berdua... banyak masa untuk suami dan diri sendiri
sekarang anak dah dua... kadang tu masa untuk diri sendiri pun lupa...
untuk suami pun kadang2 xterlayan..hahaha.. maaf ye awak...
awak terima kasih sebab banyak tolong saya
tolong saya jaga anak2.. ni paling best saya rasa... tq sangat2... 
nak2 bila mood saya kelaut... awak langsung xkacau...
awak bawak anak2 keluar bilik.. jaga anak...
sambil saiko "jom kita turun.. mama nak tidur...kita jangan kacau"
kadang tu nak gelak... tapi tahan je.. kalau mood jatuh kelaut dalam...
cakap la apa.. saya nak tidur... nak mengamuk.. nak merajuk..

bila dah bangun.. terus insaf... eh kenapa la senget sangat perangai aku ni..
boleh x fikir baik2... banyak2 la baca quran... hilang sikit baran tu.. 
darah muda... baran banyak sangat... takdir allah... sorang baran.. sorang cool 
cool yang ko rasa eh... tolong la paham aku tengah terangkan.. jawab2..
jap lagi lek je.. "kalau cakap banyak kang salah jugak"
okey diam jap.. eh betol la apa yang awak cakap...
malu sendiri... buat benda lain.. kejap lagi.. awak nak minum apa??
tu tanda kita da kalah.. kita memang salah.. kita kena mintak ampun.. dah berdosa.. 
hahaha.. tapi bila usia dah meningkat naik ni... 
baru boleh berfikir 80% matang sikit... alhamdulillah...

harapan 1 je... nak hidup sampai jannah dengan dia..
kalau mood kelaut tu biasa lah.. asyik mengandung je..
mana mood nak okey je.. penat tau x?? huhu...
tapi suka mengandung.. xtahu kenapa.. bila penat membebel.. haha perempuan kan..
serius xboleh tengok rumah sepah.. xpe walau rumah xmewah macam orang..
janji sedap mata memandang... bila dah perangai xboleh tengok sepah..
bila penat bising.. semua xkena...
bila bising.. dia cakap.. "laaa...kan dah cakap xpayah buat"
lepas tu bagi balik.. " eh awak nak buat ker??"

dah gaduh lagi.. sampai kesudah.. hahaha... 
tapi gaduh xpernah lebih 3 jam.. lepas tu bila setan dah hilang insaf la..
buat dosa lagi.. malam2 mintak ampun... doa supaya mudah bersalin..
hahaha... kesian.. xtahu malukan... apa lah nak jadi..
dekat tempat kerja.. baran boleh kawal lagi..
tapi kalau ada yang xboleh blah sangat.. aku bagi je..
maaf la ye.. mood mengandung memang macam ni... jangan salah je..
salah siap sedia la... kita pun penat jugak.. tapi kita buat2 kuat.. sebab nak cari rezeki..
kita sama2 kerja tau.. jangan la main sedap mulut je.. =) =)

awak... awak sayang saya sampai bila2 tau.. sebab saya sayang awak..haha =p =p
tahun ni dah nak masuk 4 tahun kita nikah..alhamdulillah... 
anak pun nak masuk 3 dah... insyaallah... 
anak2 sayang awak... saya suka tengok awak layan anak2...
terima kasih awak sebab sediakan tempat tinggal
sediakan kereta untuk bergerak ke sana ke sini... 
terima kasih...setiap hari saya doa Allah  lindunglah awak
walau dimana awak berada... sebab saya xreti hidup tanpa awak... =) =) 

insyaallah... 



Hana dah besar.. =(



rindu masa hana besar2 macam ni.. 

nur hana irdina... masa dia baby.. xsabar nak tunggu dia besar.. bila dia dah besar ni.. rindu masa dia baby... masa tu boleh peluk cium dia.. sekarang ni dia macam dah pandai bawak diri.. susah sikit nak cium nak peluk kuat2. sayang nya dekat hana Allah je yang tahu. kesian jugak dekat dia.. masa dia 10 bulan mama dah pregnant lagi.. masa tu memang xbersedia langsung. lagi masa tu tibe2 kena sakit pinggang xboleh berjalan. kesian tengok hana.. mama kena kuat.. hana kecik lagi. alhamdulillah Allah bagi peluang untuk berjalan.. simptom mengandung anak num 2 teruk betol.. sampai xboleh berjalan..

sekarang hana dah 2 tahun 8 bulan.. bulan 5 ni genap la dia 3 tahun.. emmm sekejap je masa berlalu. baru 3 tahun adik dah masuk 2 ye kakak?? huhuhu... sabar ye kakak.. nanti meriah sikit rumah bila kakak ramai adik kan. hana kalau dengan aku dia dengar sikit cakap.. kalau dengan ayah dia... dia xjalan sangat.. ayah la ni manjakan dia sangat. cepat sangat cair dengan anak2.. huhu. terima kasih husband sebab tolong sama2 jaga anak2. terharu sangat2. tengah duk fikir macam mana dekat kampung nanti.. macam mana la nak tidurkan anak2. anak2 rapat dengan ayah.. ayah suka melayan.. mama banyak kerja.. huhu..

hana.. mama sayang hana.. maaf ye sebab kadang2 mama marah2 hana... mama ni susah sikit nak control mood. mood mama selalu kelaut.. maaf ye kakak.. kadang tu bila kita baring sama kakak mintak izin dekat mama.. mama boleh x kakak nak peluk mama... Ya Allah... sedih nya.. kurang nya perhatian aku dekat dia.. balik kerja tukar2 baju buat kerja rumah pulak... uwaaaa..... maafkan mama ye hana.. tapi kita kawan baik kan... =) =) hana anak yang baik... hana pandai bawak diri.. terima kasih hana.. =) hana takut gelap macam ayah dia.. tapi sorry mama memang xkan layan.. sebab mama xsuka tidur bukak lampu..

kadang tu kesian tengok dia.. tapi tetap xnak layan.. sebab aku kalau tidur lampu terbukak stress sangat2... memang xboleh. hana .. hana kena tahu mama sayang hana.. hana kena faham mama sayang hana.. mama doakan hana jadi anak yang solehah.. tolong mama jaga adik2 ye.. jangan la asyik tengok utube je.. stress mama nak kena tukar2.. kejap2 upin.. kejap2 doremon..kejap2 boyboi.. kejap2 nak tengok palydoh.. kejap lagi upin.. hai nak stress la mak ko ni.. huhuhu.. =p =p =p 

Rutin seorang perempuan



bila beranak rapat2 ni memang penat lain macam sikit.. nak2 kalau kita berkerja.. stress boleh tahap nak sakit jiwa.. tapi relax semua tu boleh dikawal.. sila fikir secara rasional. cuba bawak banyak2 zikir.. banyak baca quran.. hati yang gundah pasti tenang....eh tapi kalau suri rumah pun penat jugak apa. aku kan kerja shift.. kalau off day jatuh hari biasa memang aku rasa macam eh hari ni aku fully housewife.. happy nya...dua2 boleh rasa... ni la kelebihan kerja shift..=)  sila la rasa sendiri macam mana perasaan seorang housewife.. start dari pagi sampai la malam...memang xrehat... nak rehat bila anak2 semua tidur je.. kalau anak2 xtidur memang berjaga la sampai malam okey.. sama je penat..

kalau mood aku hari tu rajin aku bangun pagi terus buat kerja rumah.. tangan memang macam sotong dah... selalu nya haziq memang bangun awal.. dia ni magic sikit.. aku tengok lena je dia tidur.. tup2 lepas aku mandi.. dia dah duduk gosok2 mata... emmm.. siap cepat2... lepastu mandikan haziq... hana memang jenis bangun lambat.. xpaham dengan budak perempuan tu. tidur lambat layan utube... nak kena ni.. kalau aku.. aku memang xlayan... kalau ayah dia... cepat sangat termakan pujuk rayu anak.. susah2. lepas mandikan haziq.. bawak dia turun... buatkan susu dia.. bagi dia susu dulu... masa dia susu terus ke dapur... tengok apa yang perlu buat.. dapur..depan...luar.. semua kena buat hari2..

lepas haziq dah susu.. mandikan dia.. letak dia dekat ruang tamu... sambung buat kerja semua. lepas tu kejap lagi.. hana bangun pulak.. buatkan susu.. sambung buat kerja lagi.. hana nak ajak mandi susah sikit... lemah betul dia ni.. macam2 ragam.. kalau haziq buakak baju... bukak pintu bilik air.. laju je dia pergi. tu la lain anak lain ragam kan.. redha je la. last2 dukung je hana.. dengan air mata terus laju2 mandikan dia. bila nak berus gigi... drama lagi. kadang2 tu mood okey dia redha je... mood kelaut aku paksa jugak dia bukak mulut.. da macam dera anak dah.. maaf la kakak.. mama terpaksa. bila mandikan hana kena cepat2 sebab haziq dekat luar duk mengamuk.. huhhhh... tarik nafas..

lepas dah siap2 semua... bab sikat rambut...duk berkejar 1 rumah.. sian dia.. haha. sebab tu kot mengandung berat xbanyak naik.. banyak sangat peluh yang keluar. lepas siap2 hana.. mama tolong lah pasang upin.. okey dah pasang upin.. mama bukan yang ni.. okey tukar yang lain.. lepas tu.. mama.. bukan yang ni.. okey tukar lain.. mama kakak xnak upin... mood mama masih okey.. okey kakak nak yang mana.. kakak nak mainan.. okey mama pasang... mama... tengok abang.. abang kacau dia pulak.. ahhhh stress aku macam ni.. bila nak siap kerja ni... bila agak2 dua2 dah tenang masak nasi kejap.. nak bagi diaorang makan. bab makan haziq okey terus datang bersila depan aku... hana susah sikit.. kena panggil banyak kali..sibuk layan utube dia... sabar je lah anak2...

bila dah settle semua tu... tengah hari masa untuk tidur... yeaahh dapat la rehat betol2... tapi tu kalau time off la... kalau time duty pagi atau duty petang atau duty malam.. lagi laju la kena siapkan kerja... sebab tu bila penat cepat sangat mood ni kelaut... nasib la husband reti jugak jaga anak... walaupun dia xreti buat kerja rumah.. adalah dia tolong sikit2 jugak.. bersyukur la sebab dia boleh jaga anak. at least bila malas dah menguasai diri.. boleh duk diam2 dalam bilik... tidur puas2.. bab anak lupa kan biar husband yang uruskan. kadang tu cian anak2.. sebab kurang perhatian... bila anak tidur baru lah insaf kejap.. tapi bila anak buat hal.. eh lupa dah semua janji... cian anak2..

tapi ketahui anak2.. mama sayang anak2 mama... kalau boleh nak je layan anak2 betol2.. tapi kalau layan.... sape nak settlekan kerja rumah?? harap anak2 mengertilah.. xkira la orang nak cakap apa.. beranak rapat ni kesian dekat anak2 kurang kasih sayang ke apa.. eh diaorang tahu ke isi hati kita?? kita yang mengandungkan 9 bulan... tahan sakit beranak.. susukan secara exclusive selama 6 bulan.. xkan la xsayang lagi kot... xpe mama buat2 xtahu je.. dah Allah nak bagi rezeki.. kita redha je la.. kalau x planning pun.. main jalan je... kalau Allah kata.. 1 je anak kau... 1 je lah... takdir Allah.. semua dah tetapkan.. xpe selagi mama muda ni... buat xtahu je apa orang nak cakap... =) =)

p/s : eh saya okey je.. rezeki Allah..ni tahun lepas cakap dekat husband xnak dah.. eh ada lagi.. nak buat macam mana.. rezeki kot... terima je la.. mana tahu anak num 3 ni.. mama boleh duduk rumah goyang kaki.. hahaha... berangan je la =p =p


Tuesday, February 9, 2016

kenapa dengan iberet folic ni. ??



okey disebabkan HB xberapa nak cantik... asyik bacaan bawah 11 sahaja. so doctor yeen suruh tukar pramilet tablet kepada iberet folic. bila dengar iberet folic terus rasa macam... alamak... muntah lagi ke?? xpe la kali ni kita try je.. mana tahu okey... mintak2 la HB cantik je untuk next check up. 

cubaan hari pertama berjaya... bangun pagi xmuntah pun... terus semangat membara... rasa hebat tiba2.. huhu. dan semalam  makan... bangun pagi 8.2.2016 pukul 6.30 pagi tekak dah rasa loya...air liur bertakung je... tahan punya tahan last2 tersembur jugak segala isi makan yang makan semalam.

emmm keluarkan semua yang ada... sambung iron baju kerja... mandi semua.. drive la dengan hati yang tenang.. xde rasa apa2.. masuk kerja pukul 8am. eh2 dekat jalan xde kereta.. mana semua pergi kereta?? mana??? jelous nak mamp... uwaaaa... xpe hujung bulan ni mak datang shah alam.

sampai letak beg semua... beli sarapan... xmakan sebab xberapa nak lalu.. sekali tengah kerja... kenapa pulak ada rasa nak muntah lagi... uwaaa... berlari la ke toilet... emmm... sedih2... rasa nya semalam dekat 3 kali aku muntah... ingat nak balik rumah je.. tapi tahan jugak sebab jam dah pukul 10.30

tiba2 rasa macam pening... ayoiiii... kenapa ni... malas nak layan.. sebab tengah kerja... last2 beli air gedegang... air lemon.. terus rasa betenaga balik.. lepas tu baru lalu nak makan. kadang2 sakit macam xboleh nak layan sangat.. tapi kalau dah xmampu.. apa boleh buat... rehat je la... huhu.. =)

iberet oh iberet... kenapa la side effect ko teruk sangat.. tolong la baik2 sahaja... makan ubat lain xpernah pun macam ni.. teruk sangat dah aku rasa.. dah la bila muntah muka bengkak.. lepas tu kua bintik2 merah.. alahai lagi 2 bulan je lagi... bertabah la dengan ko ni iberet folic!!